ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Sep 27, 2022

SUMBANGAN RINGANKAN BEBAN WARGA EMAS DAN IBU TUNGGAL

RM485 / 8.08 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

23 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pada momen maulidur rasul ini, mari ingatkan diri mendekat kepada rasul dengan mengasihi dan berbagi makanan kepada orang-orang yang rasul cintai. Jom bantu kami!


Alhamdulillah kita sampai pada bulan rabiul awal, di mana pada bulan ini lahir kekasih Allah SWT yang menjadi rahmatNya bagi semesta alam, terutama kita sebagai umat manusia. Mencintai Rasulullah merupakan salah satu dasar keimanan dan bentuk rasa syukur kita kepada Allah SWT. Sebagaimana Allah berfirman:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, jika semuanya itu menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka), (At-Taubah:24).


Sebagai umatnya di zaman ini, apa yang kita boleh lakukan sebagai tanda cinta pada Nabi Muhammad SAW adalah dengan memperbanyakkan ibadah dan amal soleh. Salah satu cara yang paling mudah adalah dengan bersedekah.



Banyak cara beramal shalih untuk mengelakkan kemudaratan dan fitnah dunia akhirat. Amalan itu boleh kita lakukan bermula dari rumah, salah satunya dengan memuliakan ibu yang disebutkan sebanyak tiga kali oleh rasul dalam hadis, kemudian kepada bapa.


Dari Abu Hurairah, Nabi ﷺ bersabda: “Sungguh terhina, sungguh terhina, sungguh terhina.” Ada yang bertanya, “Siapa, wahai Rasulullah?” Beliau bersabda, “(Sungguh hina) seorang yang mendapati kedua orangtuanya yang masih hidup atau salah satu dari keduanya ketika mereka telah tua, namun justeru ia tidak masuk Surga.” (HR: Muslim)



Tuan dan Puan pahlawan kebaikan, tidak semua ibu bapa berpeluang untuk hidup dalam keadaan yang sepatutnya. Malah, ramai ibu tunggal bertungkus-lumus membayar keperluan harian, dan juga ramai ibu-ibu tua yang masih terpaksa bersusah payah hidup dalam kesendirian. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mensia-siakan mereka.





Merapatkan diri dengan rasul di momen maulidur rasul tahun ini, marilah kita sama-sama membantu ibu tunggal dan warga emas dhaif dengan memberikan bungkusan makanan kepada mereka. Jadi mereka tak perlu risau akan kelaparan. Sumbangan anda akan diagihkan dalam bentuk bungkusan makanan yang berisi beras, telur, minyak, gula, dan teh. InshaAllah kebahagiaan orang-orang yang dicintai rasul kerana menerima pertolongan kita akan memasukkan kita ke dalam golongan umatnya.



Semoga Allah melimpahkan rahmat, perlindungan dan kelancaran rezeki buat anda sekeluarga. Amin.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

NUR JAMIAH BINTI ZAINAL ABIDIN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 07, 2022

ABD AZIZ MOKTAR

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 02, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 30, 2022

Kempen Sumbangan Tamat