PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Oct 05, 2023

BERSAMA MEMBANTU GOLONGAN WARGA EMAS ASNAF SAKIT

RM110 / 2.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

2 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka hidup dalam kesusahan, perlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami ringankan beban hidup golongan asnaf warga emas yang uzur dan sakit ini agar hidup mereka lebih baik.


Assalamualaikum wbt. Program sumbangan kepada golongan asnaf khusus untuk warga emas yang uzur dan sakit ini akan disasarkan kepada mereka yang dikategorikan sebagai miskin. Sebahagian mereka ada yang tinggal bersama keluarga, anak-anak mahupun hidup bersendirian setelah kematian pasangan mereka. Bantuan ini bukanlah pengganti kepada bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan ataupun pihak zakat yang sedia ada, namun, ia sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka.



Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar pada hari ini, bantuan biasa yang diterima dari pihak berwajib amatlah minimum kerana kita faham akan keadaan yang mana begitu ramai di luar sana selain golongan warga emas yang perlu diberi perhatian. Sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan asnaf warga emas yang uzur atau sakit yang berada dalam negeri Selangor sahaja. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi samada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, pengerusi masjid/ surau dan pemimpin NGO setempat.



Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan asnaf warga emas yang uzur dan sakit hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud:


“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah : ayat 2)



Oleh itu, dengan segala kerendahan hati, kami berharap dan sangat mengalu-alukan anda dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf warga emas khususnya yang sedang menanggung sakit dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan dilimpahkan keberkatan.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 09, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 07, 2023

Kempen Sumbangan Tamat