Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERSATUAN MISI KEAMANAN DAN BANTUAN KEMANUSIAAN ANTARABANGSA MALAYSIA
Dimulakan pada Oct 04, 2024
RM45 / 0.09 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
4 Penyumbang
332 Baki Hari
Terdapat segelintir golongan warga emas yang terabai hidupnya. Mereka merupakan golongan minoriti yang tidak dipedulikan hak dan keperluan hidup oleh keluarga atau sesetengah masyarakat sekeliling. Warga emas yang terabai ini ada yang hidup sebagai gelandangan di jalanan, tinggal bersendirian dalam kedaifan, dan terlantar di hospital tanpa waris yang datang melawat.
Pengabaian warga emas
Ada yang menghidap penyakit kronik tanpa rawatan dan penjagaan yang sempurna. Pengabaian warga emas berlaku dalam semua lapisan masyarakat samada golongan kaya ataupun miskin, cuma caranya sahaja yang berbeza.
Faktor kemiskinan anak anak dan keluarga mereka yang berpendapatan rendah dan ramai tanggungan menyebabkan bebanan ahli keluarga tidak melaksanakan tanggungjawab dan penjagaan kepada ibu bapa yang sudah tua.
Dengan bebanan kewangan akan bertambah sekiranya warga emas tersebut mengalami hilang keupayaan fizikal atau ketidakupayaan lain serta memerlukan kos perubatan penyumbang kepada warga emas ini dibiarkan sendiri menguruskan hidup.
Apabila keluarga menghadapi bebanan kewangan, mereka tidak mampu menyediakan tempat tinggal yang selesa, membayar bil rawatan yang tinggi, kos pengangkutan untuk rawatan ulangan dan membeli makanan tambahan untuk warga emas.
Tekanan kewangan boleh menyebabkan waris warga emas meninggalkannya terdampar di hospital atau menyerahkannya ke pusat-pusat jagaan dalam komuniti. Sekiranya terpaksa menjaga warga emas, keluarga tidak memberikan penjagaan yang sempurna walaupun tinggal bersama keluarga.
Penghayatan nilai-nilai agama yang kurang dalam membentuk peribadi yang mulia serta anak-anak yang tidak mendapat didikan agama dan kerohanian yang cukup serta mementingkan diri sendiri antara penyebab golongan ini mengabaikan tanggungjawab terhadap ibubapa yang sudah tua. Mereka tidak tahu menghormati, menyayangi dan menghargai pengorbanan serta kepayahan ibubapa yang mengasuh mereka sejak kecil hingga dewasa.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
SURI NAJIB
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 06, 2024
KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2024
AIRA
Menyumbang sebanyak RM15.00
Oct 04, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2024