PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL IKHLAS

Dimulakan pada Dec 20, 2023

DANA OPERASI DAN PEMBELIAN KELENGKAPAN RUMAH PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL IKHLAS

RM162,229

Telah terkumpul

6013 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini bertujuan mendapatkan dana bagi menampung kos operasi dan penjagaan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas. Jom bersama kami!


“ANAK PERNAH PUKUL TOK DENGAN BATU LESUNG, DIA CAKAP TOK BISING..”


Apakah dosa seorang ibu yang bermati-matian bertarung nyawa melahirkan dan menjaga anak sehingga meningkat dewasa hanya untuk diperlakukan sebegini rupa? Menjaga seperti menatang minyak yang penuh hanya untuk melihat anak membesar dengan sempurna, namun tidak mereka menyangka di usia tua, anak pula yang menyakiti mereka seolah-olah darjat mereka sebagai ibubapa sudah tiada nilai.



INI ADALAH SALAH SATU KISAH WARGA EMAS YANG MENETAP DI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL-IKHLAS DAN ATAS SEBAB ITU…


Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas telah ditubuhkan pada 1 November 2023, pusat ini di bawah selenggaraan Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas, tujuan pusat ini dibuka bagi membantu warga emas asnaf dan tiada waris yang tiada tempat tinggal dan kami akan memberi penjagaan kehidupan seharian kepada mereka. Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas dan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas dimilikI oleh Pengerusi yang sama.


Dengan impian untuk melindungi warga-warga emas yang disakiti dan tiada tempat bergantung, Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas berusaha untuk mencari dan menempatkan warga emas seperti ini di dalam sebuah kediaman yang selesa dan mempunyai suasana “rumah” yang sebenar. Agar warga-warga emas seperti ini dapat merasakan kembali kebahagiaan mereka yang mungkin telah hilang.



Antara penghuni Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas


TUJUAN DAN MATLAMAT


1) Menyediakan tempat perlindungan yang aman dan selamat untuk warga emas yang tiada tempat bergantung (tiada keluarga & tiada tempat perlindungan selamat).


2) Melaksanakan hasrat pengasas dalam mencari dan mengubati kisah duka warga-warga emas yang pernah disakiti & diabaikan.


3) Menyediakan suasana pusat jagaan yang berkonsepkan “Rumah & Kekeluargaan” kepada golongan warga emas


4) Untuk menjadi tempat perlindungan yang selamat dan menenangkan kepada golongan warga emas yang disakiti dan terabai.



BANTUAN OPERASI PUSAT JAGAAN WARGA EMAS AL-IKHLAS


Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas sememangnya tidak mempunyai pendapatan atau sumber kewangan yang tetap setiap bulan.



Para penghuni sedang menikmati minum petang


Sumber kewangan yang ada hanyalah daripada sumbangan orang ramai kepada akaun bank Pertubuhan Kebajikan Al Ihklas dengan sumbangan itulah kami membuat pergerakkan operasi pembukaan, sewaan rumah, perbelanjaan peralatan rumah perbelanjaan harian warga emas asnaf tersebut.


Kos untuk operasi setiap hari terlalu tinggi dan ketiadaan sumber pendapatan tetap seringkali mengganggu aktiviti yang yang dijalankan di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas.



Bahagian Depan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas


Perbelanjaan Bulanan




Senarai Barang Keperluan Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas



Bekalan makanan untuk warga emas di Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas


Buat masa sekarang, hanya tilam sahaja yang menjadi tempat warga emas di sini untuk tidur

Diharapkan agar insan-insan dermawan di luar sana dapat membantu kami untuk menampung kos operasi Pusat Jagaan Warga Emas Al-Ikhlas supaya kami boleh terus membekalkan perlindungan terbaik dan selesa kepada mereka di sini. Tiada lain yang kami harapkan agar warga-warga emas yang menetap di sini dapat merasakan kembali keselesaan dan kebahagiaan yang mungkin telah hilang dalam hidup mereka.

Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung ke talian 011-69715398 (Puan Siti) atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat Lot 4&5 Lorong Sepakat, Kampung Hilir, 06250 Kubang Rotan, Alor Setar, Kedah

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 25, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 24, 2024