PERSATUAN GENERASI BESTARI SELANGOR

Dimulakan pada Oct 19, 2023

MOHON BANTUAN UNTUK PESAKIT ASNAF WARGA EMAS

RM182 / 3.03 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Mereka adalah golongan asnaf yang memerlukan bantuan dari kita. Marilah bersama kami ringankan beban yang ditanggung oleh golongan warga emas asnaf yang sedang sakit.


Program sumbangan kepada golongan asnaf ini khusus untuk warga emas yang sedang menanggung sakit. Mereka ini mengalami sakit lumpuh yang terpaksa bergantung harap dengan bantuan pihak berwajib dan pihak zakat untuk menguruskan keperluan ubat-ubatan dan makanan. Sebahagian mereka ada yang tinggal bersama keluarga, anak-anak dan saudara-mara terdekat. Bantuan melalui kempen ini bukanlah pengganti kepada bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan atau pun pihak zakat yang sedia ada, namun ia sebagai ikhtiar tambahan pihak kami untuk mereka kerana bantuan biasa yang diterima dari pihak berwajib adalah amat minima.



Oleh itu, sumbangan yang diterima melalui kempen ini akan disalurkan khusus untuk golongan asnaf warga emas yang sedang menanggung sakit lumpuh yang berada di sekitar negeri Selangor. Pengagihan bantuan akan diberi mengikut maklumat yang diperolehi sama ada dari Pusat Zakat Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), ketua kampung, pengerusi masjid/ surau atau pemimpin NGO setempat. Keperluan mereka ketika ini adalah lampin pakai buang, susu formula, tisu basah, tuala kecil dan ubat sapu luka. Selain itu, sumbangan berbentuk makanan asas kering juga akan disalurkan seperti beras, telur, tepung gandum dan minyak masak.



Di saat masih ramai rakyat khususnya kumpulan sasaran kempen ini iaitu golongan asnaf warga emas yang sakit hidup dalam kesusahan, maka membantu mereka amatlah selari dengan gesaan Allah SWT dalam Al-Quran yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).”

(Surah al-Ma’idah: Ayat 2)



Oleh itu, kami berharap dan sangat mengalu-alukan anda semua agar dapat menghulurkan sumbangan supaya lebih ramai golongan asnaf warga emas khususnya yang sedang menanggung sakit dapat dibantu. Mudah-mudahan setiap sumbangan yang dihulur akan menjadi saham akhirat yang dapat membantu kita memperoleh keredhaan Allah SWT. Kami mendoakan agar para penderma sekelian sentiasa dipermudahkan urusan serta dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus dengan dilimpahkan keberkatan.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: “Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (HR. At-Tabrani)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 23, 2023

MOHAMED ASLAM B GELAM NABIB

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 21, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 20, 2023

Kempen Sumbangan Tamat