MADRASAH BAITUL QURAN

Dimulakan pada Jul 04, 2021

WAKAF BANGUNAN MADRASAH BAITUL QURAN

RM5,664 / 101.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,600

162 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom Sama-sama Berwakaf.


Madrasah Baitul Quran terletak di Kg Gong Balai Mercang Marang, mempunyai seramai 5 orang staf terdiri dari guru dan kakitangan dan 31 orang pelajar.

VISI MBQ :
Menjadi pusat penjana, penyebar & mengaplikasi ilmu al quran dan islam sejati serta pemangkin kepada pembangunan insan untuk mencapai keradhaan Allah S.W.T.

MISI MBQ :
Memacu bidang agama islam melalui penjanaan program dan penyelidikan cemerlang ke arah membentuk kesempurnaan insan.

Pihak Madrasah Baitul Quran ingin membina sebuah lagi asrama yang mana seluas 20x80 kaki persegi. Tujuan membina asrama ini adalah kerana asrama yang sedia ada telah pun penuh, pihak pengurusan mengalu-alukan jika ada dikalangan tuan/puan yang ingin menyumbang yang mana ganjarannya sangatlah besar.

Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

 
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.
 
Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai.

Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah (diberi), diwarisi dan dipusakai.
 
Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan Allah Taala sebagaimana firman Allah: -
 
﴿ مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾
سورة البقرة : ۲٦١
 
Mafhumnya: -
“Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi Maha Mengetahui”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 261)

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 28, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 13, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 09, 2021

Kempen Sumbangan Tamat