MADRASAH TAHFIZ ALQURAN DARUL FALAH

Dimulakan pada Aug 05, 2022

SUMBANGAN KOS WIRING BANGUNAN BARU MADRASAH

RM1,240 / 4.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

38 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Berita gembira untuk pencari redha Allah, sumbangan diperlukan untuk menampung kos wayering pembangunan baru di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah Kg. Baru Rim Jasin Melaka


Berita gembira bagi mereka yang mencari jalan untuk menginfakkan hartanya, Madrasah Tahfiz AlQuran Darul Falah membuka peluang untuk tuan/puan menginfakkan sebahagian harta ke jalan yang diredai Allah. Sumbangan diperlukan untuk menampung kos wayering pembangunan baru di Madrasah Tahfiz Al-Quran Darul Falah Kg. Baru Rim Jasin Melaka.



Madrasah Tahfiz Al Quran Darul Falah Kampung Rim Jasin Melaka adalah pusat pengajian tahfiz al Quran yang telah beroperasi sejak tahun 1996. Bermula dengan 10 orang pelajar sehingga kini meningkat kepada 150 orang pelajar lelaki dan perempuan telah menghafal al-Quran di berbagai peringkat pencapaian.



Pada tahun 2010, madrasah ini telah memulakan kelas Pengajian Alimah. Terkini oleh kerana bilangan pelajar sudah meningkat, maka ruangan asrama telah menjadi sempit dan tidak dapat menempatkan katil-katil, almari serta alat mengajar.



Kami sedang fokus untuk menyiapkan tingkat pertama kerana keperluan semakin mendesak. Kos wiring untuk tingkat satu memerlukan kos sebanyak RM30,000.00. Pihak madrasah bercadang untuk membina sembilan buah bilik kuliah, dewan pengajian al-Quran, perpustakaan, ruang ampaian asrama, bilik guru dan ruang mesyuarat. 



Maka dengan kerendahan hati tanpa hilang rasa harap dan yakin pada janji janji Allah, kami ingin membuka pintu kebaikan yang luas kepada tuan/puan sekalian dengan memberi sumbangan ikhlas bagi menyiapkan bangunan pengajian kami yang sedang rancak dalam pembinaan. Serendah-rendah infaq daripada tuan/puan itu sudah besar nilainya dan sudah cukup mengembirakan kami. 



Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : 𝗦𝗲𝗱𝗲𝗸𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗿𝗶𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗶𝗹𝗺𝘂 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗮𝗻𝗮𝗸 𝘀𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗱𝗼𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗻𝘆𝗮." Hadis riwayat Imam Muslim


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 19, 2022

Kempen Sumbangan Tamat