SEDEKAH BARANGAN DAPUR DAN BERAS KEPADA PUSAT JAGAAN ANAK YATIM MISKIN JOHOR

RM1,875

Telah terkumpul

96 Penyumbang

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan barang dapur anda, walau sekecil mana pun akan membawa kebaikan yang besar dan impak positif yang mendalam kepada anak-anak yatim miskin. Jom bantu!


Anak-anak yatim adalah amanah kita bersama, dan memastikan mereka mendapat bekalan makanan yang mencukupi dan berkhasiat adalah tanggungjawab masyarakat. Sumbangan anda bukan sahaja mengisi perut mereka, malah membawa senyuman dan rasa dihargai.



Sumbangan barang dapur anda, walau sekecil mana pun akan membawa kebaikan yang besar dan impak positif yang mendalam kepada anak-anak yatim. Anak-anak yatim akan sentiasa mempunyai makanan yang cukup untuk setiap hidangan, mengelakkan mereka daripada kelaparan atau kekurangan nutrisi.




Bekalan barang dapur adalah nadi utama sesebuah pusat jagaan anak yatim. Tanpa sumbangan berterusan, pengurusan pusat akan berdepan cabaran besar untuk menyediakan makanan harian yang cukup dan seimbang. Sumbangan anda akan membantu menyediakan keperluan asas.


1. Beras

2. Minyak Masa

3. Gula dan Garam

4. Tepung Gandum

5. Telur, Ayam, Ikan Bilik Kering

6. Mi Segera/Mi Kering

7. Sos, Kicap, Sardin dalam Tin

8. Kopi, Teh, Milo

9. Biskut/Roti





Dengan bekalan yang berterusan, pihak pengurusan dapat merancang hidangan yang lebih seimbang dan berkhasiat, menyokong tumbesaran fizikal dan perkembangan mental mereka. Pusat-pusat jagaan anak yatim sering beroperasi dengan dana yang terhad. Sumbangan barang dapur secara langsung dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka, membolehkan dana dialihkan untuk keperluan lain seperti pendidikan, perubatan, atau aktiviti riadah.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat