SEDEKAH RAMADHAN UNTUK ANAK ANAK YATIM

Dimulakan pada:
12 Feb, 2026
SEDEKAH RAMADHAN UNTUK ANAK ANAK YATIM
31.97%
RM959
/RM3,000
58
penyumbang
-
baki hari

Tentang Kempen

Setiap ringgit yang anda sedekahkan hari ini, nilainya bukan sekadar pada barangan dapur atau sepinggan nasi. Nilainya adalah pada harapan yang anda tanamkan dalam hati mereka. Jom bantu!

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan aroma kelazatan. Bau gulai yang pecah minyak dari dapur rumah, kemeriahan bazar yang berwarna-warni, dan tawa anak-anak kita yang tidak sabar menunggu waktu berbuka dengan pelbagai juadah di atas meja. 

Kita bersyukur, namun dalam syukur itu, pernahkah kita terfikir tentang "sunyinya" meja makan di rumah sebelah? Di satu sudut yang tidak jauh dari kita, ada seorang anak kecil yang hanya mampu menelan air liur melihat keriuhan jiran tetangga.

Bagi seorang anak yatim yang telah kehilangan tempat bergantung, atau seorang ibu tunggal miskin yang sedang menghitung baki beras di dalam tin, azan Maghrib bukan sekadar tanda tamatnya lapar, tetapi satu lagi ujian: Bagaimana mahu mengisi perut yang kosong tanpa membebankan sesiapa?

Bayangkan seorang ibu yang terpaksa membancuh air gula sebagai ganti makanan agar anak-anak yatimnya berhenti menangis kerana kelaparan sebelum tidur.

Bayangkan wajah sayu seorang anak yang melihat rakan sebaya bercerita tentang baju raya baru, sedangkan dia tahu, baju sekolahnya yang kuning itu jugalah yang akan menjadi baju "paling cantik" untuk pagi Syawal nanti.

Mereka tidak meminta dunia. Mereka hanya perlukan kita untuk memberitahu mereka bahawa: "Kalian tidak sendirian."

Setiap ringgit yang anda sedekahkan hari ini, nilainya bukan sekadar pada barangan dapur atau sepinggan nasi. Nilainya adalah pada harapan yang anda tanamkan dalam hati mereka. Ramadan ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Kita tidak tahu adakah tahun depan kita masih berpeluang untuk menyapu air mata mereka. Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun." (HR. Tirmidzi)

Jom #BuatBaik!

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Rujukan Terkini

Tiada Rujukan Terkini

Belum ada yang merujuk kempen ini

!
Anda merasa kempen mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Senarai Penyumbang

NURNAFSIAHNI BINTE MOHAMED HALIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 17, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 16, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2026
NURNAFSIAHNI BINTE MOHAMED HALIK
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2026
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 15, 2026

Kongsi kempen

Whatsapp
Telegram
Lain-lain

Kempen yang mungkin anda berminat

SUMBANGAN BAGI IBU TUNGGAL YANG MENYARA KELUARGA
RAYUAN SUMBANGAN KECEMASAN DI SMK BANGGI
INFAQ BANTU KOS OPERASI PENJAGAAN WARGA EMAS ASNAF YANG TIDAK BERWARIS
PALESTIN PEMULIHAN
KEMPEN BERAS MISKIN BANDAR FASA 2 2026
Kempen Sumbangan Tamat