Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM2,603 / 5.21 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
162 Penyumbang
87 Baki Hari
Tiang utama kami dalam semua projek kebajikan adalah pendidikan. Pendekatan pendidikan kami dikembangkan untuk memperkasakan penerima utama kami dalam jangka masa panjang. Kami membina pusat pendidikan dan sekolah dan memberikan latihan untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Yayasan Ar-Raudhah menggariskan projek pendidikan ini untuk mewujudkan pusat tahfiz di mana mereka akan melahirkan sekumpulan hafidz yang kuat menghafal Al-Quran sehingga akhirnya menjadi ulama.
Setakat ini, Yayasan Ar-Raudhah telah membina dan mengendalikan 3 pusat tahfiz di seluruh Nusantara di Medan, Aceh dan Kelantan. Pusat Tahfiz di Kemboja sedang dalam proses pembinaan. Pusat tahfiz bukan sahaja menjalankan program tahfiz tetapi juga menyelenggarakan dan menjalankan kegiatan dakwah, ekonomi dan sosial untuk umat Islam tempatan di kawasan sekitarnya.
Pelajar datang dari pelbagai latar belakang seperti golongan miskin yang mendapat kelayakan tertentu. Pelajar yang telah menamatkan pengajian dari tahfiz akan dihantar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Setakat ini, pelajar dari madrasah tahfiz Ar-Raudhah telah melanjutkan pelajaran seperti di Afrika Selatan, Indonesia, Pakistan, Pakistan dan Libya di bawah biasiswa Yayasan Ar-Raudhah.
Buat masa ini kami sangat memerlukan bantuan untuk menyiapkan pembinaan madrasah bagi kegunaan pelajar. Dua projek yang sedang giat dibina sekarang adalah baik pulih asrama dan pembinaan masjid serta madrasah. Justeru, kami merayu kepada semua penderma agar dapat bersama-sama kami menjayakan proses pembinaan ini. Sokongan dan sumbangan anda amatlah dihargai.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
UMAT ISLAM KESELURUHANNYA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
JARIAH DAUD HELMY HAFIZ HAZRUL HARYATY HAZRAH HANA ROCK ZAKI AZI FIZA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
ASMARANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 04, 2023
KAMSANI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Oct 04, 2023