YAYASAN MALINDO WORLDWIDE

Dimulakan pada May 23, 2022

WOUND CARE CHARITY MEDICAL

RM4,540 / 0.91 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM500,000

188 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama rebut pahala dengan menyumbang bagi membantu mereka yang menderita akibat luka sakit kronik.


“Manusia yang paling dicintai oleh Allah adalah yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya, atau engkau membayarkan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya.” (Hadis riwayat at-Tabrani).



Hampir setiap hari, kami melihat sendiri realiti kehidupan penghidap diabetes yang memerlukan bantuan rawatan untuk luka mereka. Ada yang telah kehilangan anggota badan dan ada yang telah putus harapan untuk sembuh kembali daripada penyakit mereka.



Setiap kali rawatan dibuat, hanya tangisan kesakitan yang kami dengari kerana mereka ini tidak lagi mampu untuk menahan kesakitan yang mereka hadapi setelah bertahun-tahun.



Ada diantara mereka yang telah kehilangan anggota badan akibat luka diabetes. Ada juga yang mengalami luka ‘bed sore’ kerana terbaring terlalu lama. Luka mereka sangat teruk hingga mereka tidak boleh menjalani kehidupan seperti orang normal. Setiap hari mereka terpaksa menahan kesakitan.



Mereka ini datang kepada kami dengan harapan untuk kembali sembuh daripada kesakitan ini. Mereka hanya mahu hidup seperti orang normal kembali setelah lama menderita akibat penyakit ini.



Dengan kempen Wound Care ini, kami tidak mengenakan sebarang caj pembayaran untuk setiap ubat luka yang kami berikan kepada semua pesakit. Mereka akan menerima ubatan dan rawatan secara percuma termasuklah khidmat nasihat dan balutan luka daripada doktor bertauliah.



Sehingga ke hari ini, kami telah membantu lebih 200 orang pesakit untuk sembuh daripada luka akibat diabetes dan penyakit lain. Jumlah pesakit kami juga semakin meningkat dan kami kekurangan dana untuk menampung kos-kos seperti pengangkutan, ubatan serta keperluan sukarelawan.



InshaAllah, dengan bantuan sumbangan daripada anda untuk kempen Wound Care ini, lebih ramai yang dapat kami bantu untuk kembali hidup normal tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar. 



Bantulah kami supaya kami dapat membantu mereka yang menderita ini. Semoga setiap sumbangan daripada boleh membantu pesakit luka ini akan sentiasa diberkati dan dimudahkan segala urusan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

NABILLA BINTI ABDUL NASIR K

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 05, 2022

Kempen Sumbangan Tamat