YOK BANTU ASNAF JOHOR

RM680 / 13.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

39 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Program YOK BANTU ASNAF JOHOR adalah program yang dianjurkan untuk membantu mereka yang terkesan dengan kenaikan harga barang yang melampau. Membantu untuk melegakan sedikit bebanan kewangan asnaf.


Assalamualaikum. Program sumbangan baragan asas anjuran Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor ini adalah satu program yang dirangka bagi membantu sahabat-sahabat kita dari golongsan asnaf yang terkesan akibat inflasi yang meningkat naik.



Kenaikan harga barangan makanan yang hampir-hampir tidak terkawal menyebab kuasa beli rakyat semakin terhakis. Apatah lagi kenaikan harga barang makanan ini melibatkan barangan makanan asas yang pada dasarnya adalah barangan wajib untuk dibeli bagi keperluan makanan harian. Harga minyak masak, telur, ayam dan lain-lain barangan yang terus meluncur naik menyebabkan bahagian kuasa beli rakyat semakin berkurangan. 



Melihatkan kepada konsep meletakkan hidangan di atas meja maka pihak pertubuhan terpanggil untuk membantu mereka yang terkesan di sekitar Johor ini. Kami mensasarkan lebih kurang 100 keluarga untuk kami bantu. Bantuan ini hanya sekadar mereka dapat meneruskan kelangsungan hidup. Pastinya yang penting adalah anak-anak mereka yang menjadi generasi penyambung harapan negara.



Hadith daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Tidak akan berkurang harta dengan bersedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.” ( Riwayat Muslim”)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 16, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 15, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat