Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM100 / 2.00 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
7 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Ada ramai guru ngaji dan ustaz yang telah berdedikasi dan mengabdikan hidup mereka untuk menyebarkan ilmu agama Islam kepada generasi penerus. Walaupun hidup dalam kesederhanaan, mereka tetap istiqamah mengajar dan membimbing umat dengan penuh keikhlasan.

Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity berjaya mengunjungi Ustazah Suprihatin, seorang guru ngaji yang tinggal di Mimika, Papua, bahagian paling timur Indonesia. Dalam kunjungan tersebut, Ustazah Suprihatin menyampaikan rasa syukur dan kegembiraannya menerima sokongan daripada para dermawan. Bantuan tersebut sangat bermakna untuk meringankan beban kehidupan sehariannya.

Namun, masih ramai guru ngaji dan ustaz lain yang memerlukan perhatian kita. Mereka adalah pahlawan agama yang tidak hanya mengajarkan Al-Quran, tetapi juga membimbing kita menuju jalan kebaikan. Dengan berzakat, kita bukan hanya menyucikan harta, tetapi juga menyokong perjuangan mereka yang menjadi tonggak dakwah Islam. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 103:
"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka..."

Mari kita bersama-sama menjadi asbab kebaikan dan keberkahan hidup bagi mereka. Sedikit dari harta kita dapat memberikan semangat kepada para guru dan ustaz untuk terus berdakwah dan mendidik generasi penerus dengan ilmu agama yang kukuh.

Semoga setiap sumbangan zakat yang kita berikan menjadi amal jariah yang terus mengalir pahalanya. Bersama ASAR Humanity, kita dapat menyokong mereka yang telah berjuang demi agama dan umat.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah,
pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan untuk Ustazah Supiati, seorang guru mengaji yang hidup kekurangan di Papua, Indonesia.

Dalam kunjungan ini, kami menghantar bantuan makanan bagi meringankan beban ustazah yang telah mengabdi untuk generasi muslim di Papua, hingga saat ini ustazah masih harus tinggal di rumah saudara, semoga bantuan ini dapat meringankan beban ustazah dan mempermudah tabung untuk rumah sendiri.

Ustazah mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para dermawan yang telah menyokong mereka melalui sumbangan.com. Semoga dengan sokongan berterusan, akan banyak guru mengaji lainnya yang diringankan.
Semoga Allah membalas setiap kebaikan yang diberikan oleh orang orang baik. Teruskan menyebarkan kebaikan dan membantu mereka yang memerlukan.
Jom teruskan derma kita untuk guru mengaji!
Mereka Mengajar Demi Allah, Kita Menyokong Demi Kebaikan
ASAR Humanity berasa bersyukur dapat menyalurkan bantuan kepada para guru Al-Quran yang telah mendedikasikan hidup mereka untuk mendidik generasi kita. Kali ini, bantuan disampaikan kepada Ustazah Ramlah, Ustaz Abdul, dan Ustaz Umar — insan-insan mulia yang mengajar tanpa mengira kesusahan hidup yang mereka tanggung.

Mereka hidup dalam serba kekurangan, namun tidak pernah mengeluh. Semangat mereka dalam menyampaikan ilmu Al-Quran kepada anak-anak tetap menyala setiap hari. Merekalah cahaya di tengah keterbatasan, yang menyemai cinta kepada Al-Quran dalam hati anak-anak kecil.

Dengan sokongan dari anda semua, kami berharap mereka dapat terus mengajar dengan tenang dan gembira — tanpa perlu risau tentang keperluan harian mereka.

Teruskan menyebarkan kebahagiaan dan menjadi sebahagian dari amal jariah ini. Kerana mereka tidak pernah berhenti memberi, maka janganlah kita berhenti menyokong.
Jom teruskan berkongsi rezeki!
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 28, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 16, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 14, 2025