YAYASAN AMAL MALAYSIA

Dimulakan pada Jan 16, 2024

MENYANTUNI MASYARAKAT PEDALAMAN YANG SERBA KEKURANGAN DI SABAH DAN SARAWAK

RM260 / 0.52 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

4 Penyumbang

244 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

MENYANTUNI MASYARAKAT PEDALAMAN YANG SERBA KEKURANGAN DI SABAH DAN SARAWAK. JOM BANTU KAMI!


Outreach Division dalam Yayasan Amal Malaysia ditubuhkan pada tahun 2009 untuk menyantuni masyarakat pedalaman khususnya Sabah dan Sarawak. Ziarah Mahabbah ini juga dilaksanakan selama 2 bulan sekali ke Sabah Sarawak. Program ini juga dibiayai sepenuhnya oleh sukarelawan Amal seluruh Malaysia. 




Setiap perjalanan disertai oleh 30 orang sukarelawan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan ketika Ziarah Mahabbah ialah pengurusan jenazah di mana penyediaan kursus dan juga pembahagian kit peralatan jenazah. Selain itu, ziarah penduduk kampung sambil membawa hadiah pek makanan asas untuk mereka dengan menyewa kereta atau bot.




Ada juga kenduri dapur rakyat di mana relawan sama-sama memasak untuk penduduk kampung. Aktiviti sukaneka menyantuni dan mengeratkan silaturahim bersama penduduk kampung. Kami juga akan mengadakan simulasi pembelajaran kanak-kanak asas iqra, ABC dan pemberian buku percuma.


















Aktiviti lain yang disediakan juga adalah pembelajaran Fardhu Ain Dewasa dengan mempelajari cara solat, memahami makna bacaan solat, hukum halal haram. Kami juga menyediakan aktiviti berkhatan, medical check up serta ubat-ubatan.





Terdapat juga pengisian rohani seperti dakwah dan penyampaian bantuan pek makanan asas, pemasangan panel solar, pembinaan masjid/surau, sekolah tadika.






Kos-kos ini memerlukan sebanyak RM180,000 setahun dengan purata RM30,000 untuk 1 trip ke Sabah dan Sarawak. Kami harap anda dapat menyokong kerja dakwah dan kebajikan kami. Semoga Allah sentiasa mempermudahkan urusan penyumbang.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Apr 07, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Feb 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2024

RABIAH BT HALIDI

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 18, 2024