YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Jul 21, 2022

INFAQ JUMAAT BULAN ZULHIJAH FASA 4 YAYASAN ANGKASA

RM320 / 10.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

20 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Zulhijjah ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda, Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah?" Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”. (HR Bukhari)



Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Adapun Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Zulhijjah. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan miskin, B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA yang akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan! Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!



Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Zulkaedah ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.


Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Jika memerlukan resit tersebut, diminta WhatsApp, 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 27, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 27, 2022

Kempen Sumbangan Tamat