Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,430 / 47.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
67 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sedekah Jumaat memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Allah S.W.T. benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Zulhijah. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.
Dari Ibnu ‘Abbas r.a. bahawa Nabi S.A.W. bersabda, Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, iaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : "Ya Rasulullah, tidak juga jihad fisabilillah?" Beliau menjawab : Tidak juga jihad fisabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”(HR Bukhari).
Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah pembiayaan Yayasan ANGKASA. Mereka akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Pihak kami menyasarkan pelajar yang kurang berkemampuan dan benar-benar memerlukan! Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah SWT. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan InsyaAllah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!
Jazakumullah Khayran. Yayasan ANGKASA mendoakan saudara-saudari dan sekeluarga. Semoga Allah S.W.T. menerima dan meninggikan darjat segala jenis ibadah yang dilakukan oleh kita pada bulan Zulhijah ini, khususnya sedekah yang diberikan. Semoga Allah menerima segala ikhtiar yang diusahakan untuk mendapatkan rahmat-Nya. Sungguh, Allah S.W.T. jua lah yang akan menggantikan segala kebaikan yang anda sekeluarga berikan. Semoga Allah S.W.T. memakbulkan doa, perlindungan, kebahagiaan, kemudahan, dan melancarkan rezekimu dan keluarga, Amin Allahuma Amin.
Sumbangan yang saudara-saudari hulurkan kepada Yayasan ANGKASA layak mendapat potongan cukai Lembaga Hasil dalam Negeri di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (nombor rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.7796). Diminta WhatsApp untuk dapatkan resit potongan cukai di talian 018-355 0515 (En. Muhd Fawwaz), Pegawai Promosi dan Perkembangan Yayasan ANGKASA.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 29, 2022
SITI NUR SARAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 29, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 29, 2022
MOHD YUSOFF BIN YAHAYA
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 29, 2022