YAYASAN ANGKASA

Dimulakan pada Jun 01, 2023

INFAQ JUMAAT DALAM BULAN ZULKAEDAH YANG PENUH ISTIMEWA FASA 2

RM180 / 6.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom sama-sama kita meraih pahala di bulan Zulkaedah ini, bulan yang pernuh kerahmatan dan kerberkatan dengan bersedekah. Ayuh kita semua bantu mereka!


Syawal sudah berlalu pergi dan berganti pula dengan Zulkaedah yang dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam. Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan-bulan haram ini. Eratkan silaturrahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, InsyaAllah hidup penuh berkat dan harmoni.


Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, "Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'ban."



Sehingga dapat dikatakan bahawa sedekah memang sudah menjadi ajaran yang dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ. Adapun Allah SWT benar-benar memuliakan orang-orang yang bersedekah. Allah menjanjikan banyak keutamaan dari bersedekah khususnya di bulan Zulkaedah. Yayasan ANGKASA dengan tulus menjemput anda sekeluarga untuk memanfaatkan peluang di bulan yang barakah ini.



Bersedekah adalah salah satu usaha kita untuk menjemput keberkatan. Setiap hari di bulan Zulkaedah pada hari Jumaat barakah. Sedekah ikhlas anda sekeluarga mungkin menggalakkan doa anda sekeluarga yang sedang berjuang di langit! Bersama kami, anda sekeluarga akan bersama-sama memuliakan bulan Ramadhan dengan membantu orang yang paling disayangi oleh Nabi ﷺ.



Marilah kita berkongsi rezeki kepada pelajar-pelajar IPT yang terdiri daripada golongan miskin, B40 dan anak yatim di seluruh negara di bawah tajaan Yayasan ANGKASA yang akan menerima manfaat melalui bantuan kewangan. Kami menyasarkan 10 orang pelajar yang kurang berkemampuan dan dapat menerima manfaat ini. Subhanallah, alangkah berkahnya! Ini adalah panggilan Allah. Ayuh, inilah masanya untuk menyebarkan kebaikan dan Insya-Allah akan menjadi simpanan di dunia dan akhirat!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 02, 2023

RAIHANA BINTI ROSDAN

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 02, 2023

NOR AZLINA ISMAIL

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 02, 2023

NUR & KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 02, 2023

Kempen Sumbangan Tamat