Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Setelah keadaan mengizinkan, proses pembinaan fasiliti sekolah yang seterusnya dapat dilaksanakan bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada para pelajar sebelum sekolah di buka sepenuhnya.
Namun, pihak sekolah masih lagi kekurangan dana untuk pembinaan fasiliti ini. Marilah terus bersama menambah pahala membantu kami, pihak sekolah untuk menjayakan kempen ini.
Segala jasa baik tuan/puan amatlah kami hargai.
Alhamdulillah.
Salah satu pembinaan fasiliti sekolah iaitu tandas telah berjaya disiapkan walaupun proses pembinaannya sedikit terganggu kerana pandemik yang melanda ini.
Inshaallah pihak sekolah akan meneruskan pembinaan fasiliti yang berikutnya dalam masa akan datang.
Jom rakyat Malaysia yang pemurah! Marilah terus bersama menambah pahala membantu kami pihak sekolah untuk menjayakan kempen ini.
Alhamdulillah.
Hasil daripada sumbangan yang diberikan oleh rakyat Malaysia yang penyayang kepada pihak sekolah, fasiliti sekolah seperti tandas sedang dibangunkan untuk kegunaan bersama.
Inshaallah, tempoh pembinaan tandas ini dijangka akan siap dalam masa yang terdekat ini.
Namun, pihak sekolah masih lagi kekurangan dana untuk pembinaan fasiliti yang lain.
Jom rakyat Malaysia yang pemurah! Marilah terus bersama menambah pahala membantu kami pihak sekolah untuk menjayakan kempen ini.