Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah pada 24, 25 dan 27 November 2022, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah disampaikan kepada 3 maahad tahfiz di wilayah Sumatera Barat dalam bentuk air minuman.
Antaranya ialah Rumah Al-Quran Jannatul Firdaus yang terletak di Siteba, Kota Padang. Di mana maahad ini telah didirikan sejak tahun 2015 dan mempunyai 35 orang pelajar yang berasal dari keluarga miskin. Ketika pasukan Asar Humanity menghantar air minuman, maahad hanya mempunyai 5 gelen, dan alhamdulillah, berkat bantuan tuan-tuan dan puan-puan, maahad ini dapat lagi menampung keperluan minum bagi para pelajarnya.
Selain itu, pada 25 November 2022, sumbangan tuan-tuan dan puan-puan telah dihantar ke Maahad Darul Khoirot di Padang Rajo yang terletak di Daerah Kinali, Pasaman Barat. Di mana maahad ini telah didirikan sejak tahun 2019 dengan jumlah pelajar seramai 183 orang. Kebanyakan pelajar yang tinggal di Maahad berasal daripada keluarga duafa dan yatim. Sebaliknya, pelajar yang belajar di sini tidak dikenakan kos bulanan.
Seterusnya pada 27 November 2022, sumbangan anda telah dihantarkan kepada Maahad Tahfiz Qur'an Sabiluttaqwa yang terletak di Daerah 50 Bandar, di mana jumlah pelajar di maahad ini adalah seramai 30 orang pelajar.
InshaAllah sumbangan air minuman tuan-tuan dan puan-puan akan sangat berguna untuk pelajar tahfiz yang tinggal di maahad untuk diminum menghilangkan dahaga dan sebagai sumber tenaga untuk Menghafaz al-Quran.
يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أُمِّي مَاتَتْ أَفَأَتَصَدَّقُ عَنْهَا قَالَ النبي صلى الله عليه وسلم نَعَمْ قُلْتُ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ سَقْيُ الْمَاءِ
“Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah meninggal dunia. Bolehkah saya bersedekah bagi pihaknya?”. Nabi Shallallahu'alaihi wa
sallam menjawab: "Ya". Sa'ad bertanya lagi: "Sedekah apakah yang paling utama ya Rasulullah?" Nabi Shallallahu'alaihi wa sallam menjawab: "Sedekah berupa air minuman" (HR. An Nasa'i no. 3666, dihasankan Al Albani dalam Shahih An Nasa'i).
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh