ASAR HUMANITY

Dimulakan pada May 28, 2025

SUMBANGAN ALAT PEMBELAJARAN UNTUK ANAK ISTIMEWA

RM1,170 / 11.70 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

62 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu Pusat Pembelajaran Anak OKU di Citeko, Jawa Barat bersama ASAR Humanity!


Di balik lembah-lembah sunyi di Citeko, Jawa Barat, terdapat satu kisah luar biasa yang lahir daripada hati seorang insan yang penuh kasih, Pak Agus. Beliau adalah wira tempatan yang telah membina sebuah pusat pembelajaran kecil khas untuk anak-anak istimewa.



Pusat ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi tempat di mana anak-anak OKU belajar berdikari, membina keyakinan diri, dan mengembangkan bakat mereka. Di sini, mereka diajar pelbagai kemahiran hidup bermula daripada asas keagamaan, menyanyi, menjahit, menggunakan komputer, membuat kek, hingga menghasilkan kraftangan yang boleh dijual.



Anak-anak ini bukan sahaja mendapat ilmu, malah ada yang berjaya mengasah bakat mereka dan menjadi penghibur, ada juga yang kini mampu berdikari dan memulakan perniagaan kecil-kecilan sendiri. Melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin mengajak anda semua untuk menjadi sebahagian daripada kisah inspirasi ini.



Kita ingin mengumpulkan sumbangan untuk membeli buku, alat pembelajaran khas untuk OKU, komputer, mesin jahit, dan peralatan lain yang diperlukan. Dengan sokongan anda, kita bukan sahaja membantu mereka belajar, tetapi juga membantu mereka untuk terus bersemangat dalam menggapai impian.


“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” (HR. Ahmad)


Mari bersama kita memberi sinar baru dalam kehidupan anak-anak istimewa ini. Setiap sumbangan anda akan membawa harapan dan senyuman.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

  • Jul 30, 2025


  • Jun 10, 2025


  • May 31, 2025


Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 13, 2025

RAJA NORIZA BINTI RAJA ARIFFIN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 09, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Jun 08, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 06, 2025

MOHD FUAD BIN ABDUL HAZIZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 06, 2025

Kempen Sumbangan Tamat