Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,170 / 11.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
62 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Di balik lembah-lembah sunyi di Citeko, Jawa Barat, terdapat satu kisah luar biasa yang lahir daripada hati seorang insan yang penuh kasih, Pak Agus. Beliau adalah wira tempatan yang telah membina sebuah pusat pembelajaran kecil khas untuk anak-anak istimewa.

Pusat ini bukan sekadar tempat belajar, tetapi tempat di mana anak-anak OKU belajar berdikari, membina keyakinan diri, dan mengembangkan bakat mereka. Di sini, mereka diajar pelbagai kemahiran hidup bermula daripada asas keagamaan, menyanyi, menjahit, menggunakan komputer, membuat kek, hingga menghasilkan kraftangan yang boleh dijual.

Anak-anak ini bukan sahaja mendapat ilmu, malah ada yang berjaya mengasah bakat mereka dan menjadi penghibur, ada juga yang kini mampu berdikari dan memulakan perniagaan kecil-kecilan sendiri. Melalui kempen ini, ASAR Humanity ingin mengajak anda semua untuk menjadi sebahagian daripada kisah inspirasi ini.

Kita ingin mengumpulkan sumbangan untuk membeli buku, alat pembelajaran khas untuk OKU, komputer, mesin jahit, dan peralatan lain yang diperlukan. Dengan sokongan anda, kita bukan sahaja membantu mereka belajar, tetapi juga membantu mereka untuk terus bersemangat dalam menggapai impian.
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” (HR. Ahmad)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
May 31, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 31, 2025