Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
2hb April 2022 - Edar Rezeki dengan memberi sumbangan kotak keperluan asas sempena menyambut kedatangan Ramadhan kepada 2 lokasi, Maahad Miftahil Jannah, Jalan Cochrane dan Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah, Kampung Sungai Semungkis, Langat. Selain kotak keperluan asas makanan, Al-Quran, Telekung, Tilam Toto, Kurma juga diedarkan bersama. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan anak2 yatim ini dalam menyambut kedatangan ramadhan kali ini.
1hb April 2022 - Berkongsi rezeki dalam menyambut kedatangan Ramadhan dengan memberi sumbangan keperluan asas kepada Maahad Tahfiz Muaz Al-Hijrah Batu Caves, Selangor bertempat di Sembang@Matic Jalan Ampang Sebelum itu, majlis kenduri doa selamat diadakan di bersempena pembukaan tapak baru bagi Foodtruck di sana.
2/4/2021 - 3/4/2021 - Membawa sumbangan kepada 50 orang keluarga bagi persediaan mereka untuk menyambut Ramadhan. Selain daripada itu, sukarelawan lelaki akan menyantuni anak-anak sekolah dengan memotong rambut mereka. Manakala sukarelawan wanita akan memberi peluang mengajar penduduk wanita yang ingin belajar untuk memakai tudung.
PASAK telah berjaya menyediakan barang-barang keperluan dapur dan harian kepada 50 keluarga di Perkampungan Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi menyemarakkan program 2 hari kami di sana. Anak-anak lelaki dipotong rambut mereka sempena sesi kembali ke sekolah, peraduan mewarna serta bagi golongan wanita, tutorial cara pemakaian tudung berfesyen dianjurkan serta penyerahan beberapa helai tudung bagi golongan wanita.
Program ini telah berjaya menarik beberapa rakan niaga menyumbang dan membantu selain sumbangan berterusan daripada orang ramai. Kos penganjuran program ini menelan belanja sebanyak RM3,128.50 dan hasil sumbangan berterusan yang diterima akan digunakan dalam misi bantuan yang lain.
30/4/2021 - Terlibat bersama-sama dengan Rovers SelangorFM-Sayang Ramadhan menyantuni 53 anak-anak yatim miskin di sana. Misi membawa sumbangan berupa baju melayu dan baju kurung, barangan menyambut keperluan Hari Raya dan lain-lain lagi. Program ini juga bermula seawal 3.00 pagi bagi meraikan anak-anak di sana dengan bersahur, solat subuh dan mendengar kuliah pagi. Program juga berlintas langsung di dalam Selamat Pagi Malaysia RTM.
Telah bertempat di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Miskin Jalinan Kasih, Taman Megah, Cheras, PASAK seramai 53 anak-anak yatim ini telah diraikan dengan penyerahan sumbangan baju raya, barangan dapur dan sedikit wang raya. Program ini berjalan dengan lancar dengan kos keseluruhan termasuk membeli pakaian baju kurung untuk perempuan, baju melayu beserta songkok untuk lelaki dan barangan dapur untuk rumah kebajikan ialah RM4,453.20. Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai dan kerjasama dengan beberapa pihak telah banyak membantu kami dalam membantu golongan-golongan ini.
Hasil sumbangan yang berterusan akan dapat merealisasikan impian kami bagi membantu golongan-golongan asnaf dan anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama. Besar harapan kami untuk menganjurkan lagi program-program lain dengan duit sumbangan yang sedia ada dan sedia bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam membantu golongan-golongan ini.
30/4/2021 - Terlibat bersama-sama dengan Rovers SelangorFM-Sayang Ramadhan menyantuni 53 anak-anak yatim miskin di sana. Misi membawa sumbangan berupa baju melayu dan baju kurung, barangan menyambut keperluan Hari Raya dan lain-lain lagi. Program ini juga bermula seawal 3.00 pagi bagi meraikan anak-anak di sana dengan bersahur, solat subuh dan mendengar kuliah pagi. Program juga berlintas langsung di dalam Selamat Pagi Malaysia RTM.
Alhamdullilah selesai misi PERTUBUHAN 2/4/2021 - 3/4/2021 - PASAK mengagihkan 500 kotak sumbangan dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) & Reappear Motorcycles Club Malaysia bersama tetamu istimewa Ahli Parlimen Simpang Renggam YB Dr Maszlee Malik & Man Raja Lawak.
Kami ke empat lokasi di Simpang Renggam, Johor iaitu:-
1. Kg Sahari
2. Pusat Jagaan Insan Emas @ Kg Chokro
3. Parit Ghani
4. Bandar Baru Ibrahim Majid
19/6/2021 - Menyantuni Golongan-Golongan B40 & Miskin di Hulu Langat, Bukit Beruntung, Selayang & disekitar kawasan Selangor. Menyalurkan sebanyak 160 kotak Infaq Rezeki untuk diagihkan kepada mereka.
13/11/2021 - Program Sumbangan Infaq Rezeki & Edar Rezeki Santuni Artis Veteran dan Petugas Belakang Tadbir pada 50 penerima dari Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM).
20/11/21 - 21/11/21. Selesai menghantar 50 kotak foodbox kepada penduduk yang terkesan akibat covid19 di Jerantut iaitu di Kg Gusai, Kg Bantal & Kg Mat Daling.