Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
PERTUBUHAN AMAL SANTUNI KASIH KUALA LUMPUR DAN SELANGOR
Dimulakan pada May 07, 2021
RM100,075 / 100.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000
3469 Penyumbang
Kempen Berjaya
Lebih kurang hampir 2 tahun dunia diselubungi dengan wabak pendamik covid19 yang tidak nampak penghujungnya. Malaysia antara negara yang tidak terkecuali dalam pendemik ini dan kini Malaysia sekali lagi dihimpit dengan rekod kenaikan kes secara mendadak dari sehari ke sehari.
Dalam kita semua bergelut untuk melawan pendamik ini, banyak individu yang hilang punca pendapatan serta dihimpit dengan kemiskinan dalam membeli dan menyediakan keperluan harian. Oleh itu, kami di pihak "Pertubuhan Amal Santuni Kasih" tidak ketinggalan untuk bersama menghulurkan bantuan kepada mereka yang amat memerlukan.
Bantuan yang diberikan ini adalah "1 kotak 1 keluarga asnaf merupakan barang keperluan asas" yang mana kotak-kotak ini akan diberikan kepada mereka yang memerlukan. Oleh itu, kami amat berbesar hati jika anda turut serta bersama dalam merialisasikan program ini. Mungkin anda melihat kecil nilai yang diberikan tetapi ingatlah ianya amat besar nilai dimata mereka yang memerlukan.
Rezeki itu perlu dikongsi
#kitabantukita
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
2hb April 2022 - Edar Rezeki dengan memberi sumbangan kotak keperluan asas sempena menyambut kedatangan Ramadhan kepada 2 lokasi, Maahad Miftahil Jannah, Jalan Cochrane dan Rumah Anak Yatim & Hidayah Al-Hijrah, Kampung Sungai Semungkis, Langat. Selain kotak keperluan asas makanan, Al-Quran, Telekung, Tilam Toto, Kurma juga diedarkan bersama. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar dan anak2 yatim ini dalam menyambut kedatangan ramadhan kali ini.
1hb April 2022 - Berkongsi rezeki dalam menyambut kedatangan Ramadhan dengan memberi sumbangan keperluan asas kepada Maahad Tahfiz Muaz Al-Hijrah Batu Caves, Selangor bertempat di Sembang@Matic Jalan Ampang Sebelum itu, majlis kenduri doa selamat diadakan di bersempena pembukaan tapak baru bagi Foodtruck di sana.
2/4/2021 - 3/4/2021 - Membawa sumbangan kepada 50 orang keluarga bagi persediaan mereka untuk menyambut Ramadhan. Selain daripada itu, sukarelawan lelaki akan menyantuni anak-anak sekolah dengan memotong rambut mereka. Manakala sukarelawan wanita akan memberi peluang mengajar penduduk wanita yang ingin belajar untuk memakai tudung.
PASAK telah berjaya menyediakan barang-barang keperluan dapur dan harian kepada 50 keluarga di Perkampungan Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor. Beberapa aktiviti telah dirancang bagi menyemarakkan program 2 hari kami di sana. Anak-anak lelaki dipotong rambut mereka sempena sesi kembali ke sekolah, peraduan mewarna serta bagi golongan wanita, tutorial cara pemakaian tudung berfesyen dianjurkan serta penyerahan beberapa helai tudung bagi golongan wanita.
Program ini telah berjaya menarik beberapa rakan niaga menyumbang dan membantu selain sumbangan berterusan daripada orang ramai. Kos penganjuran program ini menelan belanja sebanyak RM3,128.50 dan hasil sumbangan berterusan yang diterima akan digunakan dalam misi bantuan yang lain.
30/4/2021 - Terlibat bersama-sama dengan Rovers SelangorFM-Sayang Ramadhan menyantuni 53 anak-anak yatim miskin di sana. Misi membawa sumbangan berupa baju melayu dan baju kurung, barangan menyambut keperluan Hari Raya dan lain-lain lagi. Program ini juga bermula seawal 3.00 pagi bagi meraikan anak-anak di sana dengan bersahur, solat subuh dan mendengar kuliah pagi. Program juga berlintas langsung di dalam Selamat Pagi Malaysia RTM.
Telah bertempat di Pertubuhan Kebajikan Rumah Anak Yatim Miskin Jalinan Kasih, Taman Megah, Cheras, PASAK seramai 53 anak-anak yatim ini telah diraikan dengan penyerahan sumbangan baju raya, barangan dapur dan sedikit wang raya. Program ini berjalan dengan lancar dengan kos keseluruhan termasuk membeli pakaian baju kurung untuk perempuan, baju melayu beserta songkok untuk lelaki dan barangan dapur untuk rumah kebajikan ialah RM4,453.20. Alhamdulillah, berkat sumbangan orang ramai dan kerjasama dengan beberapa pihak telah banyak membantu kami dalam membantu golongan-golongan ini.
Hasil sumbangan yang berterusan akan dapat merealisasikan impian kami bagi membantu golongan-golongan asnaf dan anak yatim tanpa mengira bangsa dan agama. Besar harapan kami untuk menganjurkan lagi program-program lain dengan duit sumbangan yang sedia ada dan sedia bekerjasama dengan pihak-pihak lain dalam membantu golongan-golongan ini.
30/4/2021 - Terlibat bersama-sama dengan Rovers SelangorFM-Sayang Ramadhan menyantuni 53 anak-anak yatim miskin di sana. Misi membawa sumbangan berupa baju melayu dan baju kurung, barangan menyambut keperluan Hari Raya dan lain-lain lagi. Program ini juga bermula seawal 3.00 pagi bagi meraikan anak-anak di sana dengan bersahur, solat subuh dan mendengar kuliah pagi. Program juga berlintas langsung di dalam Selamat Pagi Malaysia RTM.