YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 10, 2025

INFAK BANTU ANAK ANAK MISKIN BANDAR LEMBAH KLANG

RM1,575 / 6.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

100 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini adalah untuk mengumpul sumbangan bagi membantu anak-anak miskin luar bandar di kawasan Lembah Klang. Jom bantu!


“Sedapnya makanan adik harini. Terima kasih acik semua...”


Di sebalik kesibukan dan kemewahan kota, ada anak-anak kecil yang tidur dalam kelaparan. Kos sara hidup yang tinggi dan pendapatan keluarga yang tidak mencukupi membuatkan mereka terpaksa mengikat perut. Kadang kala, mereka hanya mampu meneguk air kosong bagi menghilangkan rasa lapar.



Tanpa makanan yang cukup, tubuh mereka semakin lemah, kekurangan zat, dan mudah jatuh sakit. Sedangkan mereka juga punya impian, sama seperti anak-anak lain. Bagaimana mahu belajar dan membesar dengan baik jika perut kosong setiap hari?


“Tidaklah beriman seseorang yang tidur dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya lapar di sebelahnya dan dia mengetahuinya.” (Hadis Riwayat al-Tabarani)



Mereka sangat memerlukan bantuan makanan. Kita mungkin tidak mampu mengubah nasib mereka sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh pastikan mereka tidak tidur dalam kelaparan.



Yayasan Amal Maaruf Malaysia dengan ini ingin mengajak anda semua untuk menitipkan rasa empati dan ihsan buat anak-anak ini. Hulurkan sumbangan anda hari ini. Setiap sumbangan yang anda infakkan adalah secebis harapan buat mereka.



Jangan biarkan mereka terus kelaparan. Bantulah mereka sebelum terlambat. Semoga Allah membalas setiap kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 03, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 31, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 30, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2025

Kempen Sumbangan Tamat