YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 13, 2025

BANTU KELUARGA ASNAF OKU

RM735 / 2.94 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) amat tersentuh dengan keperitan hidup yang dilalui keluarga ini. Justeru, kami melancarkan Tabung Khas Bantuan Buat En. Zalizan & Anak-Anak Istimewanya.


En. Zalizan Bin Man, seorang bapa tunggal dari Ruat, Kedah, sedang mengharungi ujian hidup yang amat berat. Sejak pemergian isterinya pada tahun lalu, beliau kini menjaga tiga orang anak istimewa yang semuanya merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.




Dalam keadaan dirinya yang juga OKU lembam, En. Zalizan tetap tabah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Beliau hanya mampu bekerja sebagai tukang kebun dengan upah pendapatan sekitar RM150 sebulan, cukup sekadar meneruskan hidup dengan bergantung kepada bantuan zakat dan JKM.




Dua anaknya masih bersekolah, dan setiap hari, beliau akan menghantar mereka menaiki basikal tua yang sudah lusuh kerana itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki.



Lebih menyedihkan, dalam kemiskinan yang membelenggu, mereka sering diuji pula dengan banjir. Setiap kali air naik, barang bantuan seperti peti sejuk, almari dan keperluan asas lain rosak dan tidak mampu diganti.


“Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, Allah akan meringankan satu kesusahan daripadanya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)



Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) amat tersentuh dengan keperitan hidup yang dilalui keluarga ini. Justeru, kami melancarkan Tabung Khas Bantuan Buat En. Zalizan & Anak-anak OKU, agar mereka tidak terus dihimpit derita.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Aug 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 30, 2025

NUNEZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 21, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 18, 2025

Kempen Sumbangan Tamat