Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM735 / 2.94 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM25,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
En. Zalizan Bin Man, seorang bapa tunggal dari Ruat, Kedah, sedang mengharungi ujian hidup yang amat berat. Sejak pemergian isterinya pada tahun lalu, beliau kini menjaga tiga orang anak istimewa yang semuanya merupakan orang kurang upaya (OKU) lembam.


Dalam keadaan dirinya yang juga OKU lembam, En. Zalizan tetap tabah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Beliau hanya mampu bekerja sebagai tukang kebun dengan upah pendapatan sekitar RM150 sebulan, cukup sekadar meneruskan hidup dengan bergantung kepada bantuan zakat dan JKM.


Dua anaknya masih bersekolah, dan setiap hari, beliau akan menghantar mereka menaiki basikal tua yang sudah lusuh kerana itulah satu-satunya kenderaan yang dimiliki.

Lebih menyedihkan, dalam kemiskinan yang membelenggu, mereka sering diuji pula dengan banjir. Setiap kali air naik, barang bantuan seperti peti sejuk, almari dan keperluan asas lain rosak dan tidak mampu diganti.
“Sesiapa yang meringankan satu kesusahan dunia daripada seorang Mukmin, Allah akan meringankan satu kesusahan daripadanya pada hari kiamat.” (Hadis Riwayat Muslim)

Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) amat tersentuh dengan keperitan hidup yang dilalui keluarga ini. Justeru, kami melancarkan Tabung Khas Bantuan Buat En. Zalizan & Anak-anak OKU, agar mereka tidak terus dihimpit derita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jun 19, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jun 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 18, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 18, 2025