TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Jun 30, 2022

SEDEKAH MAKANAN BASAH ANK YATIM ASNAF SUSAH

RM2,375 / 67.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,500

89 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rezeki yang samasama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka


Assalamualaikum WBT. Jom kita menyumbang sedekah ayam segar untuk asnaf miskin dan yang memerlukan pada bulan ini. Semoga urusan kita dan amalan sedekah kita di bulan ini diterima oleh Allah. Berilah kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan menjelang Aidiladha ini. Marilah kita bersama-sama mengejar kebaikan, yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan.


Ayuh, kita bantu mereka! Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan kerana memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian ayam segar untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan. Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: "Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya." - Riwayat Muslim.



Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Lahad Datu, Sabah serta yang berdekatan. Dianggarkan lebih 100 ekor ayam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dengan satu rumah akan mendapat 2 ekor ayam untuk maksima (jika perlu). InshaAllah seramai 50 orang penerima manfaat untuk program ini yang terdiri dari anak yatim (kehilangan ibu atau ayah), asnaf dan ibu bapa tunggal.



Menerusi sedekah ayam ini, setiap keluarga ini dapat merasa dan memberikan keluarga mereka merasai nikmat rezeki menu berlaukkan ayam seperti mana keluarga-keluarga yang lain. Dalam rezeki kita sudah pastinya ada rezeki mereka yang memerlukan untuk sama-sama kita bantu. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan mulia ini. 



Semoga dengan rezeki yang sama-sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka. Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan Allah, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.



Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM40.00

Sep 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Aug 12, 2022

Kempen Sumbangan Tamat