INFAQ SERIKAN RAMADHAN DAN JAMUAN HARI RAYA

RM190 / 2.38 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000

11 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami amat mengharapkan sokongan anda dalam menjayakan kempen ini. Jom kejar pahala di bulan mulia. Sumbangan serendah RM10 anda mungkin menjadi asbab kita ke syurga kelak.


Tibanya bulan Ramadan menjadikan setiap hari Allah berikan gandaan pahala atas sedekah dan amal kebaikan kita. Bukan setakat pahala, rezeki pun insya-Allah bertambah-tambah Allah bagi kepada hamba-Nya. 


"Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-sebaik pemberi rezeki" (Surah Saba': ayat 39)



Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:


مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا


Maksudnya: “Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, At-Tarmizi dan Al-Baihaqi)



Bulan mulia ini adalah peluang terbaik untuk kita berusaha membuka pintu rezeki kita seluasnya dengan cara berinfaq. Marilah kita sama-sama menyumbang untuk aktiviti surau As-Syabab sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Ramadhan telah tiba dan pastinya Ramadhan adalah bulan yang paling dinanti-nanti oleh kesemua umat Islam di serata dunia untuk melipat gandakan amal ibadat.



Alhamdulillah, dengan tibanya bulan Ramadhan Mubarak ini, para jemaah boleh menunaikan solat terawih dan melipat gandakan Qiamullail di akhir Ramadhan. Tujuan kempen ini adalah untuk mengumpul sumbangan dari orang ramai yang sentiasa dahagakan sumbangan untuk kebaikan.



Antara sumbangan yang diperlukan adalah:

1. Saguhati Imam Hafiz: RM2,400

2. Bilal: RM400

3. Iftar Jamaie Ramadhan: RM4,000 (termasuk tempahan khemah serta makanan)

4. Sumbangan untuk majlis Hari Raya Aidilfitri: RM4,000




Pihak surau akan menggunakan sumbangan tersebut untuk membayar saguhati 2 orang imam solat terawih, 2 orang bilal, majlis iftar Ramadhan dan majlis Hari Raya Aidilfitri serta segala aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 05, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 02, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 01, 2024

Kempen Sumbangan Tamat