Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Ziarah Ramah Mesra & Agihan Barang Basah di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, Keramat
Sabda Rasulullah SAW: “Wahai sekalian manusia, sebarkan (ucapan) salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambunglah hubungan persaudaraan, solat pada waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kamu semua akan masuk syurga dengan sejahtera.”
(HR Ibn Majah)




Sunyi.. Anak-anak semua keluar gunting rambut.
First time kelmarin turun sampaikan barang basah di Rumah Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Al-Fateh, Bangi tak disambut 😅
Biasa dari jauh lagi mereka perhatikan kita. Datang bersalam..
Penjaga maklumkan anak-anak dibawa keluar untuk gunting rambut.
Apa-apapun agihan tetap berjalan seperti kebiasaan. Kami dapat info juga memang bekalan barang basah di sini dah kurang. Syukur hasil sumbangan orang ramai bersama Ihsan Madani, dapatlah kami sampaikan sedikit bekalan untuk masa ini.
In Shaa Allah, kita cuba sehabis baik memastikan makanan anak-anak yatim ini tak terputus.
Doa buat para penyumbang Moga seribu kebaikan Allah SWT kurniakan pada anda di dunia dan di akhirat. Aamiin


"Saya nak ayam, saya nak ikan!!"
Teruja betul anak-anak Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, semasa sesi agihan barang basah pagi tadi.
.
Hari ini Tim Ihsan Madani bersama Komuniti Dakwah Tarbiah turun ziarah penghuni Rumah Kasih Harmoni sambil menyempurnakan amanah penyumbang.
.
Kebetulan anak-anak sedang bercuti sekolah. Meriah jadinya masing-masing datang sambut kedatangan kami. Banyak cerita mereka nak kongsi. Sunyi dan rindu agaknya.
"Jangan lupa datang sini lagi ye nanti.." - pesan anak-anak.
Terima kasih para penyumbang kerana sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Tangan yang memberi itu lebih baik daripada tangan yang menerima 😊


