TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Apr 18, 2022

INFAQ AYAM SEGAR ANAK YATIM IBU BAPA TUNGGAL

RM1,610 / 29.27 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,500

68 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Rezeki yang sama-sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka.


Assalamualaikum wbt. Jom kita menyumbang sedekah ayam segar untuk asnaf miskin dan yang memerlukan pada bulan Ramadhan ini. Semoga urusan kita dan amalan sedekah kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah.


Semoga urusan kita dan amalan sedekah kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah. Berilah kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan menjelang Ramadhan. Marilah kita bersama-sama mengejar kebaikan, yang dapat memberikan kelebihan dan manfaat buat orang lain yang memerlukan.


Ayuh, kita bantu mereka! Kami membuka peluang kepada para penyumbang dan penginfaq untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala dan kebaikan kerana memberikan kekenyangan dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan bagi menyumbang pembelian ayam segar untuk diagihkan kepada asnaf yang memerlukan.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: "Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang berdoa untuknya." - Riwayat Muslim.


Sumbangan akan terus diberikan kepada penduduk sekitar Kulai, Johor serta yang berdekatan. Dianggarkan lebih 250 ekor ayam akan diberikan kepada mereka yang memerlukan dengan satu rumah akan mendapat 2 ekor ayam untuk maksima (jika perlu). InshaAllah seramai 120 orang penerima manfaat untuk program ini yang terdiri dari anak yatim (kehilangan ibu atau ayah), asnaf dan ibu bapa tunggal.


Menerusi sedekah ayam ini, keluarga ini dapat merasa dan memberikan keluarga mereka makan ayam seperti mana keluarga-keluarga yang lain. Dalam rezeki kita sudah pastinya ada rezeki mereka yang memerlukan untuk sama-sama kita bantu. Kami menjangkakan pemberian ini akan diberikan pada bulan Ramadhan ini.


Dari potongan ayat al-quran: "Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya. Dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.” (Al-Baqarah: 195)


Semoga dengan rezeki yang sama-sama kita kongsikan bersama mereka yang memerlukan kali ini dapat meringankan beban serta dapat mengukir senyuman di wajah mereka.


Setiap harta yang kita miliki, pastinya ada bahagian untuk orang lain yang lebih memerlukan sebagaimana firman ALLAH SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 245 yang bermaksud, “Siapa yang memberi pinjaman pada jalan ALLAH, pinjaman yang baik (infak dan sedekah), maka ALLAH akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jun 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat