Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan bantuan berupa baju hangat kepada saudara kita di Gaza yang masih bertahan di kem-kem pengungsian. Di tengah cuaca dingin yang menusuk, wajah-wajah mereka kembali tersenyum dan hati mereka hangat dengan kehadiran bantuan ini.

Masyarakat Gaza mengucapkan terima kasih kepada para penderma dari Sumbangan.com yang telah berkongsi rezeki untuk meringankan beban mereka.

Saat ini, Gaza berada di penghujung musim dingin, namun perjuangan mereka belum selesai. Di samping menghantar bantuan baju hangat, ASAR Humanity juga akan terus menghantarkan bantuan makanan, air bersih, serta menyokong pembinaan semula rumah-rumah mereka yang musnah.

Jom teruskan derma kita untuk saudara-saudara di Gaza!
Setiap ringgit yang kita sumbangkan adalah harapan baru untuk mereka yang berjuang bertahan hidup di tanah air mereka sendiri.
https://sumbangan.com/agihanairbersihuntukpalestin
#HangatkanGaza
#SolidaritiUntukPalestin
#ASARHumanity
#SumbanganUntukGaza
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Alhamdulillah ala kulli haal. Syukur ke hadrat Allah SWT dan sokongan anda, baju sejuk berjaya dihantar kepada kanak-kanak di kem pelarian kawasan Deir Al Balah, Semenanjung Gaza. Barakallahu fiikum!
Bantuan dari anda menghangatkan tubuh kecil mereka yang bertahan hidup di kemah dan lantai yang sejuk. Mudah-mudahan adanya nikmat dan rezeki yang kita, dapat menjadi wasilah bukti sokongan kita terhadap perjuangan meraih kemerdekaan Palestin dan pembebasan Masjid Al Aqsa. Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala, keberkahan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisiNya. Jazakumllah khairan ahsanal jazaa.
Jom teruskan doa dan sokongan terbaik bagi saudara-saudara kita di Gaza!
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity




Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Tuan dan Puan, semoga khabar ini mendapati anda dan keluarga anda dalam keadaan baik dan sejahtera di bulan Ramadan ini. Dalam ikhtiar kita menjaga saudara kita di Gaza yang terus berkesusahan kerana kekejaman penjajah dan sekatan Zionis, sumbangan dari anda telah kami agihkan dalam bentuk bantuan baju sejuk bagi kanak-kanak pelarian yang bermukim di kem perlindungan di Beit Laiya, Jabalia, Gaza Utara. Alhamdulillah ala kulli haal. Terima kasih banyak Tuan dan Puan! Barakallahu fiikum.
Semoga Allah SWT membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan amal ini sebagai ladang pahala yang akan terus berlipat ganda di sisiNya.
Rezeki yang Allah cucuri kepada kita menjadi saksi kesungguhan kita mempertahankan Islam dan memerdekakan Masjid Al Aqsa. Terima kasih atas kebaikan dan kasih sayang yang telah dihulurkan. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa!


