Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM905 / 18.10 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
36 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum Tuan/Puan, saat ini kita sudah berada di penghujung tahun. Perasaan gembira sudah ada kerana sebentar lagi akan tiba cuti penghujung tahun. Apa yang paling anda nantikan untuk menyambut akhir tahun? Bercuti ke luar negara? Diskaun beli-belah? Atau sekadar berkumpul di rumah bersama keluarga? Sudah tentu kita boleh jawab dengan cepat.
Tetapi tidak begitu dengan saudara kita di Palestin. Akhir tahun menjadi ketakutan bagi mereka kerana musim sejuk akan tiba. Hal ini kerana musim dingin bagi mereka boleh menjadi musim yang mematikan. Salji putih yang dipandang indah dengan mata tidak selalu menyenangkan. Musim sejuk ini boleh dikatakan memburukkan lagi keadaan keluarga miskin di Palestin. Dijajah zionis sejak masa yang lama sudah pasti membuat hidup mereka sulit. Tiada keupayaan memenuhi kebutuhan asas sehari-hari. Bagaimana untuk mempersiapkan musim sejuk?
Pakaian hangat, pemanas ruangan, sup dan makanan berkhasiat yang hangat adalah kemewahan. Mereka terpaksa hidup semampunya, memanaskan rumah mereka dengan api dan kayu bakar atau sampah-sampah di sekitar rumah yang boleh dipakai. Ini pastilah tidak baik untuk kesihatan. Tapi mereka tiada pilihan lain. Pemadaman elektrik selama lebih dari 10 jam tentu membuat semakin buruk. Sejak tahun 2010 terekod 35 orang meninggal dunia, 28 di antaranya adalah kanak-kanak dan 6 lainnya adalah perempuan.
Tuan dan Puan, melihat fakta ini Asar Humanity menjemput anda untuk menderma semampu rezeki yang boleh dikeluarkan untuk membantu keluarga miskin di Gaza, Palestin melalui kempen musim dingin. InshaAllah sumbangan dari anda akan diagihkan dalam bentuk:
1. Baju sejuk (sweater) kanak-kanak.
2. Pakaian hangat orang dewasa.
3. Selimut musim dingin.
4. Katil.
Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan.
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Quran Surah Al Hadid ayat 18)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Semoga khabar ini menjumpai anda dan keluarga dalam keadaan baik dan sejahtera.
Alhamdulillah pasukan Asar Humanity telah mendistribusikan paket pakaian sejuk bagi pelajar Sekolah Yatim Darul Arqam di Gaza. Anak-anak Palestin meskipun dalam kondisi sulit dan serba keterbatasan, tetap semangat untuk belajar agar memiliki masa depan yang cerah. Barakallahu fiikum Tuan dan Puan bantuan baju ini menjadi hadiah yang sangat membahagiakan bagi anak-anak yatim Palestin. Mereka tak perlu risau mempersiapkan musim sejuk nanti dan tetap ke sekolah dengan pakaian yang patut.
Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga serta mendapatkan limpahan pahala yang berterusan. Jazakumullah khairan.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Semoga tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga sentiasa dalam limpahan kasih sayang Allah SWT dan sentiasa dalam keadaan sihat, aamiin
Penghujung tahun telah tiba, dan musim sejuk telah mula melanda Palestin. Di mana taburan hujan terus meningkat dan menyebabkan banjir di beberapa kawasan di Palestin, keadaan ini turut diburukkan lagi dengan paras suhu yang menurun secara drastik. Dengan keadaan dan suhu yang drastik ini mengancam ramai penduduk Gaza, Palestin yang majoritinya keluarga miskin. Di mana mereka terancam mengalami hipotermia kerana suhu yang terlalu rendah.
Ditambah pula dengan kesukaran mereka membeli pakaian atau selimut hangat, apatah lagi membeli pemanas, sudah tentu ia adalah kemewahan yang sukar diperoleh. Sehingga ancaman hipotermia boleh menjejaskan mereka atau keluarga mereka. Dan sejak 2010 telah direkodkan 35 orang meninggal dunia, 28 daripadanya kanak-kanak dan 6 lagi wanita.
Dan alhamdulillah, atas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan, pada hari Isnin, 21 November 2022 sebanyak 33 keluarga miskin di Gaza Utara menerima selimut untuk menghangatkan badan mereka sekeluarga dari musim sejuk di penghujung tahun ini. Selain itu, sumbangan daripada tuan-tuan dan puan-puan digabungkan dengan sumbangan lain untuk memberi manfaat yang lebih luas.
Semoga dengan kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dalam mengiringi perjuangan rakyat Palestin mengharungi musim sejuk ini, Allah SWT membalas kebaikan tuan-tuan dan puan-puan dengan sebaik-baik balasan dan semoga sedekah selimut tuan-tuan dan puan-puan menjadi sedekah dengan catatan pahala yang terus mengalir, aamiin yaa rabbal 'aalamiin
Untuk menyumbang ke kempen Asar Humanity lainnya, Tuan dan Puan dapat mengunjungi link di bawah ini:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity
Jazakumullahu khairan, wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Oct 24, 2022
ROHANI BINTI MD SHAH
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 24, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 23, 2022
ZULKIFLEE BIN MD ESA
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 22, 2022
SARI HASSAN
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 21, 2022