ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Oct 20, 2022

SEDEKAH BAJU HANGAT UNTUK KELUARGA MISKIN DI PALESTIN

RM905 / 18.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

36 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Salju putih musim sejuk tak selalu indah, banyak saudara kita di Palestin terancam meninggal dunia. Mari kita bantu menghangatkan keluarga miskin di Palestin untuk musim sejuk yang membawa maut!


Assalamualaikum Tuan/Puan, saat ini kita sudah berada di penghujung tahun. Perasaan gembira sudah ada kerana sebentar lagi akan tiba cuti penghujung tahun. Apa yang paling anda nantikan untuk menyambut akhir tahun? Bercuti ke luar negara? Diskaun beli-belah? Atau sekadar berkumpul di rumah bersama keluarga? Sudah tentu kita boleh jawab dengan cepat.


Tetapi tidak begitu dengan saudara kita di Palestin. Akhir tahun menjadi ketakutan bagi mereka kerana musim sejuk akan tiba. Hal ini kerana musim dingin bagi mereka boleh menjadi musim yang mematikan. Salji putih yang dipandang indah dengan mata tidak selalu menyenangkan. Musim sejuk ini boleh dikatakan memburukkan lagi keadaan keluarga miskin di Palestin. Dijajah zionis sejak masa yang lama sudah pasti membuat hidup mereka sulit. Tiada keupayaan memenuhi kebutuhan asas sehari-hari. Bagaimana untuk mempersiapkan musim sejuk? 




Pakaian hangat, pemanas ruangan, sup dan makanan berkhasiat yang hangat adalah kemewahan. Mereka terpaksa hidup semampunya, memanaskan rumah mereka dengan api dan kayu bakar atau sampah-sampah di sekitar rumah yang boleh dipakai. Ini pastilah tidak baik untuk kesihatan. Tapi mereka tiada pilihan lain. Pemadaman elektrik selama lebih dari 10 jam tentu membuat semakin buruk. Sejak tahun 2010 terekod 35 orang meninggal dunia, 28 di antaranya adalah kanak-kanak dan 6 lainnya adalah perempuan.



Tuan dan Puan, melihat fakta ini Asar Humanity menjemput anda untuk menderma semampu rezeki yang boleh dikeluarkan untuk membantu keluarga miskin di Gaza, Palestin melalui kempen musim dingin. InshaAllah sumbangan dari anda akan diagihkan dalam bentuk:


1. Baju sejuk (sweater) kanak-kanak.

2. Pakaian hangat orang dewasa.

3. Selimut musim dingin.

4. Katil.




Semoga Allah SWT melindungi anda dan keluarga. InshaAllah pahala dan rezeki akan digandakan keberkahannya. Jazakumullah khairan.


“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka pula akan beroleh pahala yang mulia.” (Quran Surah Al Hadid ayat 18)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

ATIFA NASIHA BINTI ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 21, 2022

Kempen Sumbangan Tamat