PERTUBUHAN PERKASA UMMAH MALAYSIA

Dimulakan pada Jul 05, 2022

BANTUAN KECEMASAN BANJIR DI BALING KEDAH

RM705 / 1.41 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak kami berharap kempen ini kelak akan berjaya dan dapat digunakan untuk memberi manfaat kepada mangsa yang benar-benar memerlukan.


Baling, Kedah telah dilanda banjir besar sejak 4 Julai 2022 dan mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa berlaku. Oleh itu, atas inisiatif prihatin pihak Pertubuhan Perkasa Ummah, pihak kami akan menyalurkan bantuan dan sumbangan orang ramai kepada mereka yang terkesan.



Sumbangan ini dilancarkan untuk mengutip dana bagi memastikan mangsa-mangsa banjir dapat dibantu bagi mengurangkan kesengsaraan daripada kesan banjir yang lebih teruk berlaku di Baling Kedah. Ia juga sebagai persediaan logistik bagi memastikan mangsa atau barangan mangsa banjir dapat dibantu.



Penglibatan secara sukarelawan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Banjir ini dapat menyampaikan khidmat bantuan dan tenaga kerja kepada masyarakat yang terlibat dalam bencana banjir di Baling, Kedah. Misi program ini juga adalah untuk menyampaikan bantuan barangan seperti makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir. Selain daripada itu, program ini dapat mendekatkan sukerelawan dengan masyarakat selain memupuk semangat saling bantu membantu dalam konteks sukarelawan.


Oleh itu, ayuh salurkan sumbangan anda kepada kempen ini supaya kita dapat membantu saudara-saudara kita di Kedah yang terkesan akibat banjir besar yang mengejut ini. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan pahala yang besar InsyaAllah. 


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)

Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 12, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Jul 19, 2022

RAJA MAZYAH RAJA AMINUDDIN

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 10, 2022

Kempen Sumbangan Tamat