Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM1,807 / 9.04 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM20,000
55 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Umum mengetahui bahara negara kita telah digemparkan dengan bencana banjir yang melanda di beberapa buah negeri dalam negara kita.
Antara kawasan yang terjejas teruk adalah di Hulu Langat, Klang dan Taman Seri Muda Shah Alam.
Justeru itu, Pertubuhan Briged Prihatin telah melancarkan kempen Dana Kecemasan Banjir Kilat untuk disalurkan kepada mereka yang terkesan dengan bencana banjir yang telah dan sedang melanda.
Bantuan yang akan dan telah disalurkan :-
1. Set Bantal & Toto
2. Pek makanan siap buat petugas dan mangsa banjir
3. Set kelengkapan dapur
Besar harapan kami agar anda dapat bersama kami dalam menyantuni mereka yang benar-benar memerlukan pada ketika ini.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
28 Dis : Hasil sumbangan orang ramai dan warga Rimbayu hari ini kita masih dapat sediakan menu set nasi arab untuk sukarelawan dan mangsa banjir di Taman Sri Muda.
Alhamdulillah ramai yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Tak putus-putus sumbangan untuk penyediaan pek makanan ini kita terima.
Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita dapat sediakan makanan untuk mereka yang terkesan. Mereka melahirkan rasa syukur yang amat sangat atas keperihatinan semua kerana buat masa sekarang mereka belum boleh masak sendiri dengan keadaan rumah yang masih tidak mengizinkan.
Terima kasih juga buat team surau Al Jannah yang sudi meluangkan masa untuk menghantar makanan dan membantu mereka. Hanya Allah jua yang mampu membalas setiap kebaikan yang dilakukan.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
27 Dis : Selesai tadi hantar 160 pek makanan untuk sukarelawan dan mangsa banjir di Taman Sri Muda.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
26 Dis : Bantuan terus disalurkan di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Terima kasih kepada semua penyumbang kerana terus membantu mereka-mereka yang benar-benar memerlukan.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
25 Dis : Alhamdulillah hari ni kita sediakan pek makanan untuk mangsa banjir dan sukarelawan yang membantu dalam pembersihan tempat penginapan mereka di Taman Sri Muda.
Moga kita semua sentiasa dalam dakapan rahmat dan kasih sayangNya.
Info lancet layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
24 Dis : Pertubuhan Briged Prihatin (Brigade Care) bersama ahli kariah Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu dan Cdert Ohhsem APM Putrajaya telah menghantar bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir di Kampung Jawa, Shah Alam.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2021
NAJIHAH ZAINAL
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 30, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 29, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 29, 2021