Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
28 Dis : Hasil sumbangan orang ramai dan warga Rimbayu hari ini kita masih dapat sediakan menu set nasi arab untuk sukarelawan dan mangsa banjir di Taman Sri Muda.
Alhamdulillah ramai yang sudi berkongsi rezeki dengan mereka. Tak putus-putus sumbangan untuk penyediaan pek makanan ini kita terima.
Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita dapat sediakan makanan untuk mereka yang terkesan. Mereka melahirkan rasa syukur yang amat sangat atas keperihatinan semua kerana buat masa sekarang mereka belum boleh masak sendiri dengan keadaan rumah yang masih tidak mengizinkan.
Terima kasih juga buat team surau Al Jannah yang sudi meluangkan masa untuk menghantar makanan dan membantu mereka. Hanya Allah jua yang mampu membalas setiap kebaikan yang dilakukan.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
27 Dis : Selesai tadi hantar 160 pek makanan untuk sukarelawan dan mangsa banjir di Taman Sri Muda.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
26 Dis : Bantuan terus disalurkan di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Terima kasih kepada semua penyumbang kerana terus membantu mereka-mereka yang benar-benar memerlukan.
Info lanjut layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
25 Dis : Alhamdulillah hari ni kita sediakan pek makanan untuk mangsa banjir dan sukarelawan yang membantu dalam pembersihan tempat penginapan mereka di Taman Sri Muda.
Moga kita semua sentiasa dalam dakapan rahmat dan kasih sayangNya.
Info lancet layari —> www.brigadecare.com.my
#BrigadeCare #PertubuhanBrigedPrihatin
24 Dis : Pertubuhan Briged Prihatin (Brigade Care) bersama ahli kariah Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu dan Cdert Ohhsem APM Putrajaya telah menghantar bantuan kepada mereka yang terkesan akibat banjir di Kampung Jawa, Shah Alam.
24 Dis : Pertubuhan Briged Prihatin (Brigade Care) dengan kerjasama Volunteering Trip Malaysia (VTM), Lin Arifin & Azwar Kamaruzaman telah menghantar set toto dan bantal kepada mereka yang terkesan akibat banjir di Lanchong Jaya, Putra Heights.
23 Dis 2021 : Kami telah menghantar pek makanan sebanyak 130 pek untuk mangsa banjir di Taman Mawar 1, Kampung Lombong Shah Alam.
Terima kasih atas sumbangan anda! Kita sama-sama terus berperanan membantu mereka yang memerlukan.
22 Dis 2021 : Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama Cdert Ohhsem APM Putrajaya dan Surau Al-Jannah Bandar Rimbayu telah sampaikan bantuan toto & bantal untuk mangsa banjir Kampung Bukit Lanchung di PPS SK Putra Heights seramai 494 orang mangsa menginap disitu.
Selain itu, kita adakan aktiviti santai dan pemberian gula-gula bersama 117 kanak-kanak di PPS SK Putra Heights bersama Pelakon Juvana, Adam Shahz yang juga merupakan Pegawai Bersekutu Angkatan Pertahanan Awam.
20 Dis 2021 : Air masih belum surut sepenuhnya!
Jadi kita bersihkan terlebih dulu rumah yang air dah surut selain kita bantu dengan penyediaan makanan siap buat mereka.
Sukarelawan Brigade Care telah membersihkan rumah mangsa banjir yang telah surut di Kampung Lombong, Shah Alam.
20 Dis 2021 : Bantuan awal yang kita salurkan di Pusat Penempatan Banjir dan di Kampung Lombong, Shah Alam.
Majoriti penduduk yang terkesan sehinggakan ada yang tidak sempat selamatkan kenderaan dan barang keperluan mereka sendiri.
Kita sama-sama cuba membantu dengan apa jua kemampuan yang kita semua ada insya Allah!