Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM845 / 2.82 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000
46 Penyumbang
Kempen Berakhir!
“Kami Tak Ada Apa-Apa Lagi… Tolong Kami”
Air naik terlalu cepat. Dalam beberapa saat, segalanya musnah. Rumah dihanyutkan arus deras, pakaian dan barang keperluan tenggelam tanpa sempat diselamatkan. Makanan habis, bekalan asas tiada. Kini mereka bertahan dengan apa yang sahaja.

Seorang ibu hanya mampu memeluk anak kecilnya yang kelaparan, mengalirkan air mata dalam diam kerana tiada apa lagi yang boleh diberikan. Seorang ayah terduduk lemah, melihat rumah yang dulu menjadi tempat berteduh kini hanya tinggal runtuhan. Seorang nenek menggigil kesejukan, tidak berdaya untuk bergerak kerana pakaian bersih sudah tiada.

Di bulan Ramadan ini, mereka diuji dengan kehilangan yang begitu besar. Surau yang selama ini menjadi tempat mereka beribadah, tempat mereka mengadu dan mencari kekuatan, kini rosak teruk. Dindingnya retak, tikar sejadah dibawa arus, dan mereka tidak lagi punya ruang untuk bersujud bersama.

Mereka benar-benar dalam kesusahan. Tiada rumah, tiada pakaian, tiada makanan yang cukup. Anak-anak menangis keletihan, orang tua menahan lapar dan dahaga. Setiap hari yang berlalu terasa semakin sukar, dan bantuan yang ada masih belum mencukupi.

Hari ini mereka diuji, entah esok lusa kita pula. Kita mungkin tidak dapat menggantikan apa yang telah hilang, tetapi kita mampu memberikan harapan. Satu sumbangan kecil dari kita mungkin menjadi sebab mereka dapat tidur dalam keadaan kenyang, berpakaian bersih, atau sekadar mendapat tempat berteduh yang lebih selesa.

Jangan biarkan mereka menghadapi kesedihan ini sendirian. Hulurkan bantuan, ringankan beban mereka. Bersama, kita bantu mereka bangkit semula.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 11, 2025
JUMAATUN SAADIAH BINTI ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Apr 02, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Mar 31, 2025