TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Dec 22, 2021

SEDEKAH SUBUH BENCANA BANJIR MENTAKAB

RM1,815 / 36.30 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

81 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Sumbangan ini dikhaskan untuk membeli keperluan rumah dan barangan asas seperti katil, tilam, dapur gas dan yang diperlukan segara penduduk Mentakab.


Kejadian banjir di negeri ini semakin buruk seakan mengulangi tragedi banjir besar 1971 apabila bandar Mentakab di sini ditenggelami air hari ini.

Ketika banjir besar 2014 hanya kampung-kampung berhampiran sahaja ditenggelami air namun kali ini bandar itu turut dilimpahi air seperti lautan.

Banjir kali ini di Mentakab ini adalah yang terburuk kalau dibandingkan dengan banjir besar pada 1971, kali ini seluruh bandar dan rumah di kawasan tinggi kampung saya juga tenggelam.

Rakyat Mentakab tidak menyangka banjir kali ini menenggelamkan bandar Mentakab memandangkan pada 2014 hanya sedikit sahaja kawasan bandar ditenggelami air.

Ramai penduduk tidak sempat menyelamatkan barangan berharga kerana air naik terlalu pantas. Apatah lagi makanan, minuman, barangan penting dan keperluan asas.

Jumlah mangsa banjir di Temerloh pada masa ini terus meningkat kepada 8,777 mangsa daripada 2,463 keluarga. Kesemua mangsa ditempatkan di 70 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka di seluruh daerah titik tengah semenanjung itu.

Justeru, sumbangan ini dikhaskan untuk membeli keperluan rumah dan barangan asas seperti katil, tilam, dapur gas dan yang diperlukan segara penduduk Mentakab.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 30, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 30, 2021

NOR RISIDAH BINTI ZULKEFLI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 29, 2021

Kempen Sumbangan Tamat