TADIKA PINTAR AS SOFFIYAH

Dimulakan pada Feb 28, 2022

SEDEKAH BANTUAN BENCANA BANJIR TERENGGANU

RM305 / 3.05 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

18 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Semoga dengan bantuan kita semua. Kita dapat sama-sama mengurangkan kesusahan rakan-rakan kita yang menghadapi bencana ini.


Jumlah mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan terus meningkat kepada 22,450 orang yang ditempatkan di 234 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat petang ini berbanding 19,626 orang di 225 PPS, pagi tadi.


ASK akan terus memberikan bantuan yang diperlukan oleh penduduk di kawasan yang terjejas. Justeru, sokongan dan bantuan tuan/puan semua adalah diharapkan.


Di TERENGGANU, jumlah penduduk terjejas akibat banjir meningkat kepada 13,530 orang daripada 3,735 keluarga pada tengah hari ini berbanding 11,137 orang daripada 3,177 keluarga pada 8 pagi tadi.


Peningkatan jumlah mangsa itu berikutan penambahan 16 lagi PPS menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi ketika ini ialah 173 PPS iaitu 45 di Besut, Hulu Terengganu (31), Setiu (30), Dungun (26), Kemaman (23), Kuala Terengganu (sembilan), Kuala Nerus (lapan) dan Marang (satu).



Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kemaman seramai 3,857 orang, Hulu Terengganu (3,537), Besut (2,251), Dungun (1,572), Setiu (1,298), Kuala Terengganu (592), Kuala Nerus (418) dan Marang (lima).



Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan lima sungai di lima daerah masih berada di paras bahaya iaitu Sungai Kemaman di Kemaman, Sungai Nerus (Setiu), Sungai Telemong (Hulu Terengganu), Sungai Dungun (Dungun) dan Sungai Terengganu (Kuala Terengganu).



Pengarah Pejabat Meteorologi negeri, Rosli Zakaria berkata, sepanjang empat hari episod hujan lebat dari Khamis hingga semalam, daerah Besut merekodkan hujan sebanyak 388 milimeter manakala Kemaman (380.7 milimeter) dan Kuala Terengganu (375 milimeter).


“Di Hulu Terengganu, misalnya, taburan hujan sangat tinggi kelmarin melepasi 300 milimeter. Angka itu sekali gus melebihi purata hujan yang direkodkan dalam sebulan,” katanya kepada di sini hari ini.


Banjir yang melanda Pantai Timur akibat hujan lebat berterusan itu susulan luruan monsun dan pembentukan sistem cuaca tekanan rendah di Laut China Selatan.


(Gambar yang ditunjukkan adalan bantuan kepada mangsa banjir di Kg Jawa Hulu Langat, Selangor)


Lebih 200 kotak makanan kering telah diedarkan di Selangor pada banjir tahun lalu. Ianya serba sedikit dapat membantu para penduduk berdepan dengan kesukaran selepas banjir.


Pada banjir kali ini, kita fokuskan bantuan kepada negeri Terengganu. Ianya juga akan diupdate dalam perkembangan sumbangan ini. Semoga dapat membantu mereka yang terkesan.


Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 07, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 06, 2022

ZULKEFLI MOHAMAD

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat