Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM4,262 / 8.52 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
204 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Bantulah sedikit sumbangan untuk Nur Ain Binti Ahmad untuk menjalani kos pembedahan fistula(tapak dialisis) dan pembedahan parathyroid yang menelan kos yang agak tinggi. Nur Ain ialah orang kurang upaya fizikal. Penyakit Nur Ain ialah kegagalan buah pingang yang berpunca daripada IGA Nephrophaty. Nur Ain sudah menjalani rawatan sebagai pesakit buah pinggang sewaktu berumur 14 tahun.

Kini, Nur Ain telah pun menjalani rawatan dialisis selama 6 tahun.Sebagai pesakit buah pingang terdapat pelbagai komplikasi menyukarkan beliau mencari rezeki. Hormon parathyroid beliau meningkat dan menyebabkan kereputan tulang. Akibatnya, aktiviti pergerakan beliau semakin terbatas dan sukar bergerak secara normal.

Jika tapak fistula tidak dibaiki, Nur Ain akan menggunakan tiub di leher yang mempunyai pelbagai risiko seperti jangkitan kuman,pergerakan yang agak terbatas. Hulurkan sedikit bantuan kepada Nur Ain yang memerlukan.

"Sebaik-baik amal soleh,adalah memasukkan kegembiraan kepada saudaramu yang beriman" (HR Ibnu Abi Dunya)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
perkembangan terkini:
Doktor telah mengimbas ultra urat Nur Ain agar mudah untuk melakukan pembedahan seterusnya. Keadaan urat Fistula Nur Ain agak bagus. Terima kasih pada yang menyumbang. Teruskan berbuat amal kebaikan.
Alhamdulillah.
Pada hari ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia berpeluang menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Nur Ain, seorang insan tabah yang merupakan OKU fizikal.

Puan Ain telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang akibat IGA Nephropathy sejak usia 14 tahun. Kini, beliau memerlukan pembedahan pembaikan tapak fistula, satu prosedur penting bagi meneruskan rawatan dialisis. Tanpa pembedahan ini, beliau terpaksa bergantung kepada tiub di leher yang bukan sahaja tidak selesa, malah meningkatkan risiko jangkitan kuman dengan serius. Kos rawatan ini sangat tinggi dan di luar kemampuan Puan Ain sekeluarga.
Kami berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung beliau.
Sesungguhnya, setiap titis kebaikan yang disalurkan akan menjadi cahaya harapan buat mereka yang memerlukan.

Sumbangan telah disampaikan waris Puan Nur Ain
Perkembangan terkini, Nur Ain telah berjumpa pakar bius tetapi pembedahan parathyroidnya perlu ditangguhkan kerana tekanan darah tinggi. Beliau telah menjalani beberapa prosedur seperti xray, ecg dan echodiagram.

Dana untuk membaiki fistula masih belum mencukupi,marilah sama2 menyumbang untuk membantub

Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Mar 04, 2025