Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM370.50 dan kempen telah tamat dijalankan. Kutipan kempen gagal mencapai matlamat sasaran. Sumbangan akan disalurkan sepenuhnya pada bulan Februari kepada wakil kami untuk menjalankan aktiviti yang berkaitan. Kami akan meneruskan usaha ini dari masa ke semasa.
Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.