BANTUAN MAKANAN

RM405 / 8.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantuan makanan untuk masyarakat miskin Filipina menjelang sambutan perayaan Hari Krismas.

Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.


Apakah itu 'PAGPAG'?


Mengikuti istilah Tagalog, Pagpag bermaksud sisa makanan yang diambil dari tapak pelupusan sampah. Kata-kata Pagpag dalam bahasa Tagalog ialah membersihkan habuk atau kotoran pada makanan dan merujuk kepada tindakan membuang kotoran dari sisa makanan yang diambil.


Ia terdiri daripada makanan seperti ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran. Pagpag boleh dimakan setelah ia dimasak semula dengan pelbagai citarasa. Pagpag sangat popular di kalangan orang miskin di Filipina. Jadi ia adalah sumber pendapatan untuk mereka berniaga dan menjadi makanan utama dalam kehidupan harian mereka.


Pagpag pernah menjadi pilihan makanan terakhir penduduk di kawasan miskin tegar apabila menghadapi tekanan dalam mendapatkan makanan untuk makan kerana terlalu lapar. Namun, pada masa kini sudah menjadi kebiasaan dalam menghadapi tekanan dan keperitan hidup yang semakin sukar. Peningkatan tabiat memakan Pagpag, sebenarnya boleh meningkatkan risiko keracunan makanan walaupun segelintir rakyat Filipina mendakwa ia adalah makanan yang lazat dan berkhasiat.


Oleh yang sedemikian, atas keadaan tersebut kami terpanggil untuk menyediakan dana bagi menyalurkan bantuan makanan untuk perayaan Hari Krismas yang bakal tiba pada 25 Disember 2021 nanti. Siapa pun mereka, kita tetap akan membantu tanpa mengira bangsa, agama, dan negara, kerana KEBAIKAN TIDAK PERNAH MENGENAL SIAPA.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2021

ISMAIL ARIFF AHMAD FADZIL

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 25, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 25, 2021

Kempen Sumbangan Tamat