Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
"Terima kasih kerana terus menyebarkan bahagia"
Masih ingat lagi kisah Encik Mulyadi? Seorang lelaki tabah yang menghidap penyakit kulit yang sangat jarang berlaku. Wajahnya mulai membengkak secara tiba-tiba, dan kini bengkak tersebut menutupi hampir seluruh wajahnya.

Disebabkan keadaannya yang makin teruk, beliau sukar untuk mendapatkan pekerjaan tetap. Sekarang, Encik Mulyadi hanya mampu bekerja sebagai penjaga parkir di tepi jalan untuk mencari sesuap nasi.
Baru-baru ini, pasukan ASAR Humanity datang menziarahi beliau dan menyerahkan bantuan makanan hasil sumbangan anda semua. Encik Mulyadi mengucapkan ribuan terima kasih kerana masih ada yang sudi peduli dan memberi semangat buat dirinya untuk terus bertahan.

"Saya ingat saya dah dilupakan, tapi rupanya masih ada yang sudi bantu. Terima kasih kerana beri saya harapan." – Mulyadi
Encik Mulyadi adalah contoh insan yang mungkin tidak bernasib baik, tetapi tetap berjuang untuk terus hidup. Semoga dengan sedikit perhatian dan bantuan dari kita semua, beliau dapat menjalani hari-harinya dengan lebih kuat dan bermakna.
Mari teruskan misi kebaikan ini, kerana setiap sen yang kita hulurkan membawa harapan untuk mereka!
https://sumbangan.com/sumbanganwheelchairwargaemasterlupa
Alhamdulillah,
Sebelum ini, pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan agihan makanan asas untuk dua orang warga emas di Lombok.

Dahulu, mereka tinggal di sebuah gubuk yang sering terjejas banjir. Alhamdulillah, kini mereka telah berpindah ke rumah saudara yang sudi membantu. Walaupun hanya tinggal di satu kamar kecil, kedua-duanya tampak lebih sihat dan gembira.

Jom, teruskan sokongan anda untuk membahagiakan lebih ramai warga emas melalui kempen ini.
https://sumbangan.com/bantuanmakananasnafmiskin2
Sedekah kecil anda mampu membawa perubahan besar dalam hidup mereka. 🤲❤️
#ASARHumanity #KempenBantuWargaEmas #BerkongsiRezeki #SedekahJariah