ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jan 17, 2025

BANTUAN MAKANAN UNTUK ASNAF DAN WARGA MISKIN TAHAP 2

RM313 / 6.26 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

14 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Salurkan pakej makanan untuk warga miskin, asnaf kelaparan, dan anak jalanan yang memerlukan bersama ASAR Humanity.


Kemiskinan masih menjadi isu besar di Indonesia. Menurut data rasmi, lebih daripada 25 juta rakyat Indonesia hidup di bawah garis kemiskinan, bergelut setiap hari untuk mencukupi keperluan asas mereka. Di sebalik kota yang sibuk dan penuh kemewahan, terdapat perkampungan kumuh yang menjadi tempat tinggal bagi 150 keluarga miskin.



Keluarga-keluarga ini hidup di antara timbunan sampah, bergantung kepada pendapatan daripada mengumpulkan barang terpakai yang dijual dengan harga sangat rendah. Dengan pendapatan yang tidak mencukupi, mereka tidak mampu menyediakan makanan berkhasiat untuk anak-anak mereka, apatah lagi memberikan pendidikan yang layak.



Baru-baru ini pasukan ASAR Humanity telah berjaya menghantarkan pek makanan kepada keluarga pemulung dan warga miskin. Kami ingin mengajak tuan dan puan untuk bersama-sama menyisihkan sebahagian rezeki demi meringankan beban saudara kita dan memberikan bantuan berlanjut.



RM5,000 dapat menghadirkan bantuan seperti :


1. Mengirimkan pek makanan, beras dan lauk

2. Menyediakan kit kebersihan (hygiene kit).

3. Memberikan keperluan asas lain yang mereka perlukan.


"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (HR Ahmad)


Dengan menyokong misi ini, anda bukan sahaja membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik, tetapi juga mengumpul pahala amal jariah yang akan terus mengalir.



Marilah kita bersama-sama menjadi jalan rezeki bagi saudara-saudara kita yang memerlukan. Semoga Allah memberkati setiap ringgit yang anda sumbangkan dan menggantikannya dengan keberkatan yang lebih besar. Semoga Allah SWT melimpahkan ganjaran dan keberkatan kepada anda atas setiap kebaikan yang anda lakukan.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Laporan Kempen

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MISBA

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 19, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM33.00

Jan 17, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 17, 2025

Kempen Sumbangan Tamat