LEMBAGA PENDIDIKAN AL QUR'AN AL HUDA

Dimulakan pada Dec 13, 2022

SUMBANGAN KEPADA PELAJAR ISTIMEWA ADIK ALWI

RM700 / 14.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

35 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

JOM BANTU PELAJAR TAHFIZ KELAINAN UPAYA ANAK IBU TUNGGAL UNTUK HIDUP GEMBIRA. SEMOGA PAHALA MENGALIR BUAT KITA SEMUA.


Nama panggilannya ialah adik Alwi, pelajar Tahfiz Quran LPQ Al Huda yang mempunyai kelebihan istimewa yang Allah berikan kepadanya. Beliau merupakan anak kepada seorang ibu tunggal yang hidup di bawah paras kemiskinan. Ibunya menjual makanan ringan setiap hari di salah sebuah sekolah rendah yang mana hasil pendapatannya adalah untuk menyara hidup bersama anak kesayangannya iaitu adik Alwi. Adik Alwi membesar sebagai anak yang rajin dan penuh semangat dan ceria. Pagi-pagi adik Alwi pergi ke Sekolah Khas untuk kanak-kanak berkebolehan istimewa. Jarak ke sekolah dari kediaman adik Alwi lebih kurang 7KM. Sementara itu, pada tengah hari adik Alwi menyertai aktiviti mengaji di LPQ Al Huda dengan ditemani ibu tercinta.



Keghairahannya mengaji Al-Quran bersama rakan sebaya sungguh luar biasa walaupun adik Alwi masih belum dapat menyebut huruf hijaiyyah dengan baik dan betul. Namun, kegigihan beliau yang membuatkan kami terus berusaha memberikan yang terbaik untuk Adik Alwi melalui pelbagai kaedah pengajaran. Bagi kami, Adik Alwi adalah anak yang bijak dan istimewa. Semoga ibu yang menjaganya dapat pahala yang terus mengalir tanpa henti hingga hari kiamat. Semoga muslimin dan muslimat yang menyayangi adik Alwi dijadikan Allah hambaNya yang soleh.



Dengan segala kerendahan hati, kami pihak pengurusan LPQ Al Huda mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk menjadikan adik Alwi sebagai anak angkat dengan membantu kos pendidikan dan kecukupan kos sara hidup keluarganya. InsyaAllah dengan menjadi ibu bapa angkat kepada adik Alwi, dapat menjadikannya anak yang cerdik, berdikari dan berakhlak mulia serta boleh menjadi penyejuk hati buat ibu tercinta dan pahala yang mengalir buat kita semua.



Kami akan cuba mengesyorkan adik Alwi agar dapat melanjutkan pelajaran secara tidak formal di pondok pesantren khas untuk anak-anak yang mempunyai kelebihan istimewa seperti adik Alwi. Terdapat tenaga pengajar sedia ada yang mampu memberikan pengajaran mengikut keperluan pelajar, insyaAllah apa yang diharapkan Alwi sekeluarga dapat direalisasikan dengan sebaiknya. Ayuh sertai kami dalam kutipan derma ini bagi merealisasikan impian adik Alwi untuk menjadi seorang guru dan membantu adik Alwi berniaga dengan baik.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 17, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat