Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Oct 15, 2025
RM405 / 13.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
13 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Segala puji bagi Allah SWT yang terus memberikan nikmat iman, Islam dan kesempatan untuk berbuat kebaikan. Dalam usaha melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang bakal menjadi penerus risalah Islam, institusi tahfiz memainkan peranan yang amat penting dalam membina insan yang berakhlak mulia dan berpaksikan Al-Quran.

Namun, di sebalik semangat anak-anak tahfiz menuntut ilmu, masih ada kekurangan yang perlu diberi perhatian khususnya berkaitan kemudahan asas seperti pendawaian elektrik di bilik-bilik asrama pelajar. Pada ketika ini, kerja-kerja pengubahsuaian bilik asrama sedang dijalankan .Ia membabitkan kerja memotong dinding besi asrama dan menggantikannya dengan dinding batu bata yang lebih kukuh dan mematuhi piawaian daripada Jabatan Bomba Malaysia. Jadi, segala pemasangan litar elektrik yang baru akan dijalankan sesudah dinding bata siap dipasang.

Atas dasar tanggungjawab, pihak maahad mengambil inisiatif melancarkan Kempen Infaq Pendawaian Elektrik Asrama Tahfiz. Kempen ini bertujuan untuk:
1. Membaik pulih dan menaik taraf sistem pendawaian elektrik apabila berlaku ubah suai dinding asrama
2. Membiayai bayaran upah pekerja yang membantu dalam pendawaian ini
3. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan selamat untuk anak-anak tahfiz.

Melalui infaq ini, anda bukan sahaja membantu menyediakan kemudahan yang selamat untuk para pelajar, bahkan turut menjadi penyumbang kepada penyebaran ilmu Al-Quran. Setiap huruf Al-Quran yang dibaca, dihafaz, dan diajarkan oleh mereka akan mengalirkan pahala kepada anda sebagai pewakaf dan penyumbang.

Bermula RM 10, ayuh bersama kami menyinari kehidupan anak-anak tahfiz!
Infaq anda hari ini bukan sekadar membiayai kos pendawaian elektrik, tetapi turut menyalakan nur ilmu dan cahaya Al-Quran dalam jiwa generasi pewaris ummah.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Syukur ke hadrat Allah SWT yang dengan kurnian-Nya setiap urusan dipermudahkan oleh Allah SWT.Pendawaian elektrik sedang dijalankan seiring melengkapkan kemudahan asrama anak tahfiz ini.


Alhamdulillah, berkat sumbangan kalian projek pendawaian elektrik telah bermula dan masih dalam proses pemasangan.



Sehubungan itu, pihak kami masih membuka peluang kepada para penyumbangan serta muslimin dan muslimat sekalian diluar sana merebut pahala amal jariah ini demi kemudahan dan keselesaan anak tahfiz di sini.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Nov 21, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Nov 07, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Oct 26, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 24, 2025
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 23, 2025