YAYASAN GLOBAL SEDEKAH MOVEMENT

Dimulakan pada May 28, 2025

BANTU WARGA EMAS RAWAT 200 KUCING TERBIAR

RM625 / 1.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

42 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Para pencinta kucing, mari kita bantu perjuangan Bunda untuk memberi makanan, rawatan, dan tempat tinggal yang layak untuk 200 kucing ini. Jom bantu!


Dibutakan, disiram air panas, dibuang ketika sakit, dilanggar kemudian dibiarkan nazak...


Adakah benar mereka tiada hati?, Seolah-olah nyawa kucing-kucing ini tiada nilai. Padahal mereka juga makhluk hidup yang boleh merasa sakit, takut, dan kesepian.



Bayangkan jika 200 kucing yang sakit dan terbiar ini tidak pernah bertemu dengan Bunda Lili (61). Siapa yang akan merawat mereka ketika badan penuh luka? Siapa yang akan memeluk mereka ketika menggigil ketakutan? Siapa yang akan peduli ketika mereka penuh kudis, pincang, malah buta?


"Kucing ini sudah saya anggap seperti anak, keluarga baru saya. Sebab suami sudah tiada, dua anak pun meninggal, seorang sakit, seorang kemalangan... Kalau tiada kucing ini, saya kesepian, sama seperti mereka ketika dibuang, kesepian,” kata Ibu.



Sudah 11 tahun Bunda Lili mencurahkan hidupnya untuk menyelamatkan kucing-kucing terbiar dari jalanan, pasar, dan kawasan kebakaran. Antaranya Moly, yang dijumpai waktu subuh dengan mata hampir rosak. Selain itu, Mongmong, kucing malang yang lumpuh akibat dilanggar dan ditinggalkan begitu saja.



Malangnya, 200 kucing yang tinggal bersama Bunda Lili terpaksa bertahan di tempat yang tidak sesuai. Bumbungnya bocor dan setiap kali hujan turun, air masuk hingga membasahi kucing-kucing tersebut. Kata Bunda, beliau tidak mampu untuk mengubah suai rumahnya kerana untuk memenuhi keperluan kucing-kucing ini sahaja, Bunda perlu mengeluarkan kos sehingga RM10,000 hingga RM15,000 setiap bulan.


Jom #BuatBaik! 

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 05, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Sep 05, 2025

HANIZA BINTI MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 22, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 17, 2025

HANIZA BINTI MOHAMED

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 08, 2025

Kempen Sumbangan Tamat