ASAR HUMANITY

Dimulakan pada Jun 18, 2025

RAYUAN KECEMASAN BANTU MANGSA LETUSAN GUNUNG LEWOTOBI

RM170 / 1.13 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM15,000

10 Penyumbang

44 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Bantu mangsa letusan Gunung Lewotobi bersama ASAR Humanity. Setiap sumbangan anda membawa harapan baru.


Gunung Lewotobi di Lembata, Nusa Tenggara Timur telah meletus sekali lagi, menyebabkan penduduk kampung terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat. Letusan yang berlaku baru-baru ini membawa debu tebal, lahar dan gegaran yang menjejaskan kehidupan seharian penduduk. Alhamdulillah, sehingga kini belum ada kematian yang dilaporkan, namun ramai mangsa kini kehilangan tempat tinggal dan kekurangan keperluan asas untuk meneruskan kehidupan harian.



ASAR Humanity telah menyalurkan bantuan kecemasan secara berperingkat ke kawasan bencana termasuk makanan, air minuman bersih, topeng muka, serta keperluan asas lain. Namun begitu, bantuan berterusan amat diperlukan untuk memastikan mereka terus selamat dan sihat.



Melalui kempen ini, kami ingin mengajak anda semua untuk bersama membantu saudara kita yang sedang diuji dengan musibah di Lewotobi dan daerah bencana lainnya. Berikut adalah antara bentuk bantuan dan anggaran sumbangan yang diperlukan:


1. Pek Makanan Panas – RM12 /pek

2. Pek Makanan Segera & Sedia Makan – RM25/pek

3. Kit Kebersihan (sabun, tuala wanita, ubat gigi, berus, sanitizer) – RM30/set

4. Topeng Muka & Pelitup Hidung – RM10/pek 5 keping

5. Bekalan Air Minuman Bersih – RM20/tong (10 liter)

6. Set Alat Memasak (periuk, dapur portable, senduk) – RM70/set



Setiap sumbangan walaupun kecil, sangat besar maknanya bagi mereka yang sedang melalui waktu sukar. Mereka kini berlindung di pusat pemindahan sementara dan amat memerlukan sokongan daripada kita. Firman Allah SWT:


“Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebaikan dan takwa...”

(Surah Al-Maidah: 2)



Marilah kita rebut peluang ini untuk menyumbang sebagai tanda solidariti dan kasih sayang sesama manusia. Dengan sedekah dan doa anda, kita bukan sahaja memberi bantuan fizikal, tetapi juga menghantar harapan dan semangat kepada mereka yang sedang berjuang. Jom berkongsi rezeki, jadilah sebab mereka mampu bertahan dan tersenyum kembali.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 29, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 25, 2025

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jun 22, 2025

ABDUL ALIIM BIN MANSOR

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 22, 2025

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 20, 2025