Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Kemas Kini Bencana Gunung Lewotobi
Saudara-saudari yang budiman,
Gunung Lewotobi di Indonesia kembali meletus dan menyebabkan ratusan keluarga terpaksa dipindahkan. Letusan kali ini bukan hanya mengganggu rutin harian, tetapi turut memusnahkan rumah-rumah dan meninggalkan debu abu yang tebal di seluruh kawasan.
Alhamdulillah, tiada korban jiwa setakat ini. Namun, keadaan masih tidak selamat untuk penduduk kembali ke rumah masing-masing. Mereka kini tinggal di pusat pemindahan sementara, tanpa kepastian bila boleh pulang.


ASAR Humanity bersama pasukan sukarelawan kini berada di lokasi, bergerak dari satu pusat pemindahan ke satu lagi, menghantar pek makanan dan keperluan asas.
Sahabat sekalian, mereka kehilangan rumah dan tempat tinggal, dan kini hanya mengharapkan uluran tangan kita. Sumbangan anda sangat penting untuk memastikan mangsa tidak kebuluran dan kekal sihat sepanjang tempoh ini.
"Barang siapa yang meringankan kesusahan saudaranya di dunia, maka Allah akan meringankan kesusahannya di akhirat."
— (HR. Muslim)