Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
12/8/2021
Intelek Muda Nasional turun Padang menyumbangkan 20 pek Makanan Asas , daging korban , 3 set handphone bagi pembelajaran online dan juga 20 pek Face Mask Kanak-Kanak di Sekolah Kebangsaan Sg Udang , Klang.
Ingat lagi Pak Cik Tajeri di mana wakil Intelek sendiri Premnath Chettiar (Robert Prem) telah turun padang sendiri menyatuni beliau dan saya hanya melalui video call sahaja berbual dengan Pak Cik Tajeri.
Kini , Pengerusi Intelek Muda Nasional (Pusat) , Sdr Mohamad Fadly sendiri turun padang menyantuni beliau bersama Sdr Prem untuk berbincang dan berbual apa bentuk bantuan boleh kami hulurkan kepada Pak Cik Tajeri.
Pak Cik Tajeri juga mengalami masalah pendengaran.
Sebab itu , kami di Intelek Muda Nasional sendiri turun padang mendengar sendiri keluhan asnaf yang kami bantu tanpa mengharapkan bantuan orang luar.
#intelekprihatin
#intelekmudanasional
#kitabantu
#bantumereka
#yangBekerja
#DariRakyatUntukRakyat
30/7/2021
Intelek Muda Nasional hari ini mendapat laporan dan mendekati warga stateless , warga asing dan penduduk warganegara yang terjejas akibat Covid 19 di sekitar Klang .
Hasil maklumat mereka ini terjejas dari segi pendapatan dan dengan keadaan tempat tinggal yang usang.
29/7/2021
29/7/2021
20 buah keluarga telah dibantu hari ini oleh Intelek Muda Nasional.
28/7/2021
Pak Rashad merupakan seorang saxonfonist jalanan (penghibur) yang kini menjalani dialisis selama 3 kali seminggu.
Proses dialisis yang terpaksa ditanggung beliau adalah sebanyak RM1800.00 sebulan dari jumlah keseluruhan iaitu RM3600.00 di mana setengah lagi perbelanjaan tersebut ditanggung oleh Pihak Zakat Selangor.
Kehidupan beliau berubah sepenuhnya apabila tiada lagi panggilan majlis atau jemputan majlis kerana Covid 19.
Beliau kini hanya berniaga Nasi lemak dengan purata pendapatan bersih bulanan RM400 sebulan dan kos lain seperti sewa rumah dan kos dialisisi terpaksa ditanggung beliau.
Intelek Muda Nasional telah membayar kos dialisis bagi Bulan June dan July bagi memastikan beliau tidak lagi meninggalkan rawatan dialisis.